Salahkah aku?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Entah mengapa, apabila aku nampak kesilapan kawan, 

aku cuba untuk memberitahu, aku cuba untuk memperbaiki. 

Kerana aku sayang kamu. Kerana Allah. 

Aku tidak mahu kamu sentiasa dalam kesilapan, sentiasa mengulangi dosa-dosa.

walaupun ia dosa kecil. 

memang, kita tidak berada dalam kubur yang sama.

tetapi, aku kira aku bertanggungjawab ke atas kamu. 

Kerana Allah telah titipkan ia pada hatiku, mataku supaya aku nampak. 

namun, aku juga dipersalahkan. 

kononnya aku menyibuk. 

sampai hatimu tika aku menelefon, tidak kau angkat.

ku ajak keluar tidak berbalas. 

apatah lagi apabila dimesej. senyap begitu saja. 

salahkah aku? salahkah aku? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...