Main Masak-masak : Oreo Goreng

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Syukur. Alhamdulillah. Alkisahnya resepi main masak-masak aku yang pertama ni adalah seperti yang tertera di atas. Oreo Goreng aku jumpa resepi meniru Chef Cik Epal Gonjeng.  Maka di satu petang yang indah, aku cuba la buat Oreo Goreng ni untuk housemate aku. Nah baik x housemate? Hahahaha 

Resepi

1) Tepung Pancake. (Supermarket ada)
2) Telur 1 biji 
3) Air 
4) Sesudu Minyak masak (Bukan minyak rambut) 
5) Biskut Orea (suggested oreo ice cream)

Kemudian, cmpurkan tepung pancake, telur, air dan sesudu minyak masak.
Panaskan minyak di dalam kuali (deep fry ok).
Masukkan Oreo kedalam adunan td. 
Goreng sehingga kekuning-coklatan. Eh,. 

Aku pernah cuba mula-mula x letak telur ngan minyak dalam tepung pancake untuk bancuh tu. Hasilnya bak kata Cik Epal, jadi tepung gomak la dalam kuali tu.melekat-lekat. 

Ok Siap..boleh dihidang dengan Teh O Panas kurang manis / Green Tea (tagline, Fikirkan Khasiat)



NotaBukuCikgu : Terima Kasih Cik Epal untuk resepi yang sebegini cool. 

5 comments:

  1. camner rasa oreo goreng ni.... manis ke..?? lemak² ker...?

    ReplyDelete
  2. Fuh..belum pernah cuba..macam sedap je..

    ReplyDelete
  3. wah2 ... terliur sudah akak nie ;)

    ReplyDelete
  4. yummy sedap..rindu air tangan hg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...