BOOK REVIEW - sebenarnya saya isteri dia =)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Alhamdulillah. sejak duduk rumah tanpa kerja yang tetap ini, aku banyak baca novel. baca buku. dan sesetengah novel tu ak pinjam dari kawan-kawan. contohnya yang ni, aku pinjam dr Indah Syafiqah. sebab ak jenis manusia yang kedekut nk beli novel sweet2 ala gini2 ni. 


dan aku sebenarnya dah tengok movie SSID ni sebelum baca novelnya. 


dan hasilnya, aku lebih suka membaca daripada menonton sbb baca dlm buku ni lebih terperinci cerita, plot dye compare drpd menonton. dan opkos la scene dlm buku lagi banyak dr dalam cerita tv. ye la kan, kalo nk buat satu-satu sama mcm dlm buku mmg payah gak la. (bak kata kwn aku, Masdiana DingDong). Hahaha.

Jadi, kalau nk syok lagi lepas tonton, baca la novel plak. Kihkih. ak sarankan pada mana2 manusia yang pnya banyak waktu tanpa kerja tetap seperti aku. k bai. 



To my dear PMR candidates

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

all form 3 students of SMK King Edward Vii, 
my cousin Nadia Johan, 
and all PMR candidates all over the world. *(haha x leh blah kan). 


since tomorrow they'll start their first paper, i'm here wish all of u guys, Good luck All the best..( i dont know if u still online and get to read my entry, so u guys who read it, please spread it to all ur friends, ckp je cikgu kim salam buat leklok exam.)

let it all out. Usaha-Doa-Tawakal. 

Relax, tarik nafas, baca doa, baca soalan elok-elok dan jawab mcm tgh makan Oreo oke. 

jangan fikir x leh buat, positive je dalam dewan tu nnti k. 

lepas kuar exam tu x payah bincang2 soalan yang dah dijawab, fokus untuk next paperrrr pulak. (paper tu pronounce mcm zizan ngan johan sebut oke, hahaha)


hooo.da mcm panjang plak melalut kan. btw smpai di sini saje la...apa2 pun semoga bersemangat selalu. dan GOOD LUCK!! =)


by:syazwan


oh lupa. 

p/s : students, please jgn smoking. jauhi dadah. hidup dengan macho tanpa semua benda-benda negatif oke! 

"Doakan anak anak kita di ringankan jodoh pertemuan dan jadi ahli syurga bukan hanya fokus pada PMR, SPM dsb. Lihat solat mereka. Jika tidak cukup usaha penuh Jika pandai tapi tidak solat sia sia kehidupan ini" 
- Prof Dr Muhaya


BOOK REVIEW - Magis

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

membaca jambatan ilmu. hah. eh. haha hamboi bukan main tagline kan. sempat lagi. 


kali ni Encik Ramlee memaparkan hasil yang x kurang hebatnya. memang awesome. walaupun kali ni ketebalan buku x setebal yg sebelum ni tapi cukup untuk buat hati ni tersentap. kenapa? 

1) penulisan yang mempunyai peringatan dunia makin tua. kiamat makin dekat. 
2) sekali kita ingt kiamat, ingt mati, kita istighfar, dapat satu pahala. x ke pelaburan tu? bijak Encik RAM kan? 
3) Encik RAM bijak. guna watak2 dan plot cerita drpd watak2 novel beliau yang sebelum ni. Hebat!
4) he's study a lot to produce this awesome novel. AWESOME. 
5) puas!

bagi yang belum baca samada peminat RAM. atau belum pernah baca karya RAM. jemput la dapatkan novel ini di kedai2 terdekat dengan kediaman anda. teehhee.. harga x silap aku RM21. so ok je ~ 


simple dimple doughnut

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


terima kasih kepada master chef ak amirah shaari..beliau sentiasa menaikkan semangat ak untuk berada di dapur tung tang tung tang ketuk kuali memasak. wahhh macam ucapan anugerah pulak. haha. btw ari ni ak nk share resepi donut yg sangat simple. semua org boleh buat ok.


bahan-bahan

tepung gandum - 250g
mentega - 1 1/2 sudu besar
gula pasir - 3 sudu besar 
susu tepung (aku guna anlene ari tu wey) haha - 3 sudu besar 
yis - 1/2 peket 
garam - secukup rasa 



langkah2.

1) yis bancuh guna air suam lebih kurang 3/4 gelas dan biar berbuih pon x pe.
2) campur tepung gandum, mentega, garam, gula dan susu.
3) masukkan yis sedikit demi sedikit sampai habis.
4) uli sekuat dan selembut serta setenang yang mungkin sehingga menjadi doh yang gebu.
5) sambil-sambil tu kalau rasa doh melekat, tambah sedikit sedikit tepung sehingga doh cantik licin dan tidak melekat.
6) biarkan doh tersebut selama 30 minit bagi membenarkan yis tadi memainkan peranannya.
7) bentukkan doh kecil-kecil dan bentukkan menjadi bentuk donut sesuka hati korang.
8) biarkan sebentar dalam 5 minit untuk anda tarik nafas dan berada dlm keadaan tenang.
9) kemudian goreng di dalam kuali berminyak panas dan api sederhana sahaja.
10) last skali gaulkan donut dalam gula yg halus. hidang bersama tea o panas pon sedap!



ni rupanya sebelum di gaul dengan gula. 

kalau korang nak kurangkan penggunaan gula pon ok. x payah gaul mcm ak. manis sikit2 tetap ada =) lebihkan manis dalam senyuman. eh~ 

p/s : sorry wey gambar tunggang terbalik. lama x update blog pastu upload gmbr pon x reti da. haha (alasan malas nk ubah lettew). k selamat memasak semua =)



Geram sampai ter'menangis'.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



Aku x suka orang yang x bertanggungjawab. tambah-tambah kalau manusia ini spesis lelaki. bukan ape pon cuma dalam kes aku ni bertanggungjawab la hantar balik barang yang di ambil dari tempat orang tu. bukan nya tinggal barang tersebut di depan rumah kami dan mengharapkan kami-kami ni yang menghantarnya kembali ke tempat asal. dan masalahnya, kedudukan tempat itu dekat je dengan tempat tinggal korang. so why not just take that thing and put it back on the place where you take it before. 








aku geram sampai aku menangis. aku x paham kenapa korang x boleh angkut je. kitorang geng perempuan ni buat semua benda from buying all the stuff to cook, the places and cleaning up the place. everything. u guys just take that thing, light up the fire and eat. 

Too much. aku kecewa. tapi siapa aku untuk kecewa bagai kan. watever guys, change it for better tomorrow. may Allah always bless u guys. 


sebab aku geram sangat knp dyorang tinggalkan barang tu kat rumah aku, tears drop. aku geram sampai termenangis. nonsense kan. i realize it but it's ok, aku puas!

Perbezaan Artis dan Kami.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

CONTOH 1:
SOALAN 
Rakan : weyh, hg memang cantik la. 

JAWAPAN 
Rakan II : Eh, aku memang la cantik. baru tau ke? 


CONTOH 2: 
SOALAN 
Wartawan : Eh, awk ni Siti NurFaizah (Artis ni, jgn cari kat google, sbb xdak. artis rekaan je) kan? Awk memang cantik la... 

JAWAPAN 
Artis : Eh x de la. mana ada. malu la awak cakap macam tu. 


#Situation yang sama berlaku pada aku dan kawan-kawan.pantang dipuji dengan kawan-kawan mesti menjawab seperti contoh 1 di atas. tetapi setelah sorang kawan aku ni tertonton kat Youtube lagak seorang artis menjawab pujian wartawan tu, kami pon mula la buat2 jawab seperti artis pula skrg ni. Hehehehe

#Pasti aku akan rindu sama korang. pasti. gelak. ketawa. tangis. sebak. lawak. Kerana Allah ak bercinta berkasih berkawan dengan korang. dan kerana DIA juga aku berpisah dengan korang. tetapi jangan khuatir kerana korang tetap berada di hati. InsyaAllah. 

#Mood bakal meninggalkan dunia beruniversiti. 




Book Review - Playboy itu suami aku (KK)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Actually this is the first time aku nak buat review novel yang bukan FIXI. kali ni KAKI NOVEL. kadang-kadang kalo time rasa nak jiwang. nak leleh2 sikit aku cari la novel cintan cintun ni. tapi ak jarang beli novel2 cintun atau kaki novel dan sebagainya. yang ni pon aku pinjam ngan kawan aku je. 

so, macam mn yek nak review novel ni? ada idea ke aku ni? 


penulis mengetengahkan cerita mengenai seorang lelaki yang berpangkat besar kaya raya tetapi memegang title playboy, kasanova Raja Adrian. Ad dipaksa pulak kahwin dengan seorang perempuan, Afina yang sangat sempoi biasa-biasa je oleh mak dye, Puan sri. 

bermula kisah mereka kahwin tapi dengan bersebab. terjadi tragedi demi tragedi dalam kehidupan mereka. mereka tidak seperti suami isteri lain. adakah disebabkan oleh title adrian itu adalah playboy? 

Setelah berbagai dugaan yang timbul mereka kembali berkasih antara satu sama lain. tetapi kuingat cerah terik matahari hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. kehadiran dan kepulangan adik kembar Afina disangka membawa kebahagian dalam keluarga mereka. Namun, lain pula yang jadi. 

Kalau nak bagi bintang. drpd 5 aku bagi 3/5. sebab ape? sebab ak rasa mcm dah biasa. jalan cerita yang lebih kurang sama antara cerita-cerita novel yang lain. tapi not bad la. sebab aku enjoy jugak cerita ni. 

Pengajaran yang patut semua dapat drpd novel ini ialah. 
#Jangan sesekali pandang rendah pada orang. 
#Walaupun seseorang tu buat silap di masa lalu, jangan kita ungkit lagi kesilapan dan keinsafan dia. 
#Jangan percaya orang 100%. Eh. 
#Hargai lah manusia yang berada di sekeliling kita. x rugi pon. 

So, sape yang belum baca silakanlah merajinkan diri untuk membaca novel ini. Enjoy!!!

#KK stand for kaki novel. 


kompilasi terakhir ber'title'kan student

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ended with this.


Thesis presentation. 


Pre-Graduation Dinner AT11 2009/2010


Farewell party Kelab Rakan Alam sekitar. 



Farewell party kelas kayu kemahiran hidup. 


Done with last biology's paper. last exam as degree student. 


Bulatan Oreo lemak berkrim yang terakhir. Surat dr sahabat utusan dr Allah. 


Star gazing and lepaking sampai pukul 3 pagi di depan rumah. 



InsyaAllah, kalau ak rajin. ak nak je tulis setiap peristiwa yang berlaku ni stu post tapi kemalasan ak tahap dewa. ni pon buat entry dengan bantuan idea sahabat Farhana Siput. 



Surah Al-Baqarah [2:152]

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

in pain, in sick, in heart broken. reflect ourself. how far we had gone. and how far we forgot HIM. then back to the 'lumrah'. Allah. He on Surah Al-Baqarah [2:152] "Remember Me-I will remember you." 




in exam mode. final exam as degree student. wish all my friends, upsian and other students of IPT's at malaysia All the best and good luck. Remember Him, then He'll remember us. 

#Please don't let yourself forget Him even a seconds and minutes in your daily life. 
#Just reminding myself too.  



Hari IBU??

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Setiap kali hari ibu setiap tahun, aku pasti akan post something kat blog. sebab ni lah. aku pon cuba sedaya upaya utk tidak 'wish', celebrate on that day. sbb x kan ak nk celebrate sama dengan hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian pulak kan? 

Tahan jugak hati ni x nk wish Umi.

 Tadi kol UMI, mmg niat ak sbb aku ingat UMI tapi x de niat nak wish pon. lagipon ak mmg kol Umi tiap2 hari pon. Tapi bila cakap, umi tnya bakpo kak? aku terus jawab, xde pape mi, saje kol nk tnya kaba. Hehehe =) Alhamdulillah. 



lagipun UAI cakap kat bawah tuu.....





n yang lain2 x tau pigi mana dah x larat nk godek. rasanya ada lagi aku wat entry pasal ni dulu-dulu


it's week 11 n ENJOY

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


for UPSI students. degree students, it's already week 11. full of commitment. Maybe any college, club's project already ends but there's too much more assignments, presentation, tests, quizzes and others around the corner to be settled. 


For me, us, semester 8 students, surely busy busy busy enough with thesis writing, presentation and any related thing to the simple word thesis. 


but, me, still enjoying the day here, before finish the study this june. Wow. n i'm already reach the finishing line of 4 years degree in education. Clap ur hand. Hahaha 


And plan what to do after finish the study. Haha. Berangan. 

so guys, yg penting utk minggu ni. yg mana sem bape x verify lagi subject registration, silakan, jgn jd mcm aku dah kena denda wooo. bagi sedekah kat upsi weyyyy.


kalo x buat benda ni slip exam x kuar dasyat lagi x leh ambik exam. Haa takut takut x ? hahaha


next, buat penilaian lecturer kat myguru. kalo x buat x leh cetak slip exam jugak. Eh, benda wajib setiap sem. ha korang nak komen lecturer korang time ni lah. haha

then, yg mn x bayar yuran lagi mcm ak ni settlekan cepat-cepat ye. kesian upsi. xde duit kalo korang x byr yuran (ckp,pndg diri sendiri pastu wat muka blurrr)

last sekali settlekan assignment dan hadiri kuiz dan yg paling penting ENJOY. 

Boiled potato with vege, egg and cheese

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



hoho. very the nice food i ever eat for breakfast. kalo nak buat dinner, supper, lunch pon boleh. haha

ni food ni kawan ak NorMasdiana Abd Rahman yang introduce. dah siap masak kat ak sepinggan lagi. Homaiii heaven dooo ada fren macam MakCik ni tau... keh3x. 

U guys, nak try boleh la. sedap weyh. dan yang paling pasti food ni mmg kenyang. Gler la x kenyang kan dengan potato banyak tu. Karbohidrat kot. protein pon ada telur tu. vitamin ada kot kat tomato tu. ha korang nak macromolecule ape lagi dalam food korang? Hahaha. 

Cara nak buat :

potato - boiled sehingga empuk (Eh, empuk ea?)
FYI, potato ni korang boil je dye tanpa buang kulit sebab nnti lepas masak, senang utk korang buang kulitnya. lagipon kalo korang boil yang dah buang kulit, potato ni akan lambat nk masak dan empuk. dan cara utk make sure potato ni dah masak, senang je. ambik fork, cucuk then rasa la mcm mn keadaan isi dye. 

egg - goreng je mata kerbau. kalau boleh telur merah x masak penuh dan meleleh tu lagi best. (Ikut selera anda) 

vegetables - korang boleh je nak letak tomato, salad, tomato cherry dan sebagainya. 

cheese - guna la yang chesdale tu. 

lepas potato dah cukup masak dan empuk, serve atas pinggan kemudian lapik je chesdale atas nya. tuangkan mayonnaise, lada sulah dan letak telur, beserta sayur-sayuran. kemudian makan! Yahoo. dan hati rasa senang! Eh. Haha. 

Ni resepi masding dong punya nenek. moh la cuba. 



Book review - Ilusaniti (FIXI)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ha tengok.setelah lama aku x buat book review.sekarang ada la stu lagi book review.ni pon lepas ak paksa diri aku membaca weyh(wahaha nak baca novel pun kena paksa weyh). Hahaha useless gler. 


I got @Jelajah Lejen Fixi pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. 

sebenarnya, it's hard for me to review buku ni. entah kenapa. mcm ak simpan review buku zombijaya la. bila tah nak publish kan. 


ILUSANITI :

I: Ini kisah sekumpulan kawan
L: Lama sudah kenal secara online
U: Untuk kali pertama mereka bertemu
S: Seorang mati bunuh diri selepas itu
A: Ataupun ada konspirasinyg mereka tdk tahu
N: Nisan siapa bakal diukir lagi?
I: Ingatan semakin hilang setiap hari
T: Tidur dipenuhi mimpi ngeri
I: Ini semua ilusi ataupun realiti 

ak rasa cerita kali ni lebih kurang jalan penceritaannya dgn zombijaya. cuma dalam ILUSANITI ni, penulis banyak membawa kita kepada realiti skrg iaitu penggunaan berbagai laman sosial spt twitter, juga bawa pembaca kpd dunia gamers. yang mana watak2 dalam cerita ni bergabung, plan strategi utk main game je. Wow! osem kot ak rasa. 

Tapi, apabila salah sorg dyorang mati, as said suicide. n mula la watak yang mula2 aku baca smpai lebih separuh buku ni ak  xtau nama dye apa, smpai nk nk abeh je dye mention "Fez" atau rupanya nama dye Fariz, alami macam2 benda pelik, mcm mimpi, lupa apa jadi dan sbgnya. 

yang paling x menahan, Fariz ni x tau yg Eddie tu fiance Aleya. Eh, bukan Farez je x tau. aku pon x tau jugak act. (Hhahahaha) Gelak besau. Dan apabila kematian menjengah sorang2 drpd mereka, mereka mula fikir who's next and next. 

masa tu la mereka mula nak cari the reason of the things happen. dan they discover that everything happen after they having a meeting and watching at cinema. 

Oh. so korang, kalo nak sakit kepala, nak integrate neuron2 dalam kepala, jemput la baca FIXI Ilusaniti by Adib Zaini. Dan tahanlah diri anda drpd x bergerak dr katil sehingga ke ayat terakhir cerita ini. 

Sekian. 




Open Table?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

korang suka open table? Korang dah biasa open table? korang memang tiap2 minggu atau tiap2 hari open table. Ha. Aku pon suka konsep open table ni. Eh, bukak meja ka? kadang-kadang memang kita dah selalu pon p makan ngan kawan2 cuma x guna word open table. so, sama je la pon kan.. aku memang hantu open table. 



bermula dengan kakak-kakak Senior Ras. 






Kepada adik-adik senior RAS. 







Juga kawan-kawan sahabat handai. 





ni lah aktiviti kami jika ada kelapangan masa. mengeratkan silaturahim sementara semua antara kami ni x terikat kepada ikatan perkahwinan lagi. dan juga sementara menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Universiti yang x lama lagi ni akan berakhir. Allah. Pasti aktiviti ceni akan dirindukan oleh setiap antara kami kan. aku la terutamanya. Huh. Haha. Kalo bab belajar rindu lagi x nanti agaknya? Hahahaha. 







Macam mana ni?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Balik hari tu, aku sempat jumpa sahabat baik aku, Amni. kuar-kuar makan, test kete Mitsubishi Mirage baru beliau. Hahaha. First dye tengok aku.

 "Bakpo gemuk sangat ni?".

"Eh, gemuk ke? aku dah exercise la. tiap2 petang kot.aku rasa ak ada sedikit kurus la.Gane mg tengok aku gemuk lagi ni?".

Kompiden je ak kan..

"Mg kena usaha Ain. dah berdouble chin kot tu".

"Aku dah usaha la ni.

"Mg lepas ni balik UPSI, balik kg mula, kalo x kurus lagi, x hilang lagi double chin, x payah jumpa ak la. Jumpa ak bila dah kurus la.".

"Gulp"."Serius ni?"

"Aku serius la".

Hahahaha.kawan ak sorang ni suka buat Drama. Drama prOPPA Gannam style la tu.. Hahahaha. Ape pun lantak la nak gemuk ke nak kurus ke. tapi yang penting IMAN tu mesti sentiasa gemuk gedempol. Hah. Kan Kan? sape stuju ngan Aku?? Yeah. 




Jadilah Bijak Wahai Anak Muda. (cerita sensasi)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Aku sejenis manusia yg malas nak update2 pasal benda2 politik ni,tp kalau dah berkaitan ngan negeri ak ni,rasa teringin jgak la share status cg kat Matrik ak dulu ni. #Moga kau bijak junior, dalam berkata-kata agar tidak memakan diri kelak. mungkin bukan sekarang, tapi terlepas kah anda di akhirat kelak? FIkirkanlah.

Dialog dgn seorg bekas student kmp 2009/ 2010
Student: ....nak ke Malaysia ni di perintah oleh peliwat dan komunis?
Aku: Astaghfirullah. ...takde bukti jgn fitnah. Mahkamah dh buktikan dia tidak bersalah.
Student : betul cikgu, saya tgk video seks dia....mmg dia.
Aku : Astaghfirullah. ...haram tgk video lucah. Betul atau tidak tetap haram tgk.

Student : saya tgk 2 kali je video tu. Saya liberal la cikgu.
Aku: liberal tu adalah sekular.
Student : itu ckp pas, sibuk dgn hudud, nnti habis tgn kna potong.
Aku : Astaghfirullah. ..hudud tu hukum Allah. Semoga Allah memberi hidayah kpd awak.
Student : Allah dh beri hidayah pon. Kita kenala ikut peredaran zaman. Kalo nik aziz nk sgt hudud tu naper tak buat kt kelantan?
Aku: Islam itu sempurna dan sesuai utk semua zaman. kerajaan pusat yg tak benarkan kelantan laksanakan hudud.
Student : Nik aziz tu dah nyanyuk, sanggup jual agama demi politik. Saya tgk kelantan tu dahla mundur...saya tau la saya belajar kt sana.
Aku : Astaghfirullah. ..berdosa kutuk ulamak.
Student : ulamak apa nye dia tu...kat kelantan tu....pompuan pakai seksi ...islam ke sgt nk di perjuangkan tu.
Aku :. ..sah la awak ni macai.
Student : cikgu kata saya macai. ..saya tak respect dh kt cikgu. Ada ka cikgu kata saya begitu. Cikgu takde hak nk kata saya macai. Saya takkan respect cikgu dah!
Aku: awak tak respect islam dan ulamak tu takpe?
Student : saya tak respect cikgu. Saya nk pi solat jumaat.
Aku: ada aku kisah?...

(Sebab ini lah aku benci sgt2 kat umno bn sebab mereka dah merosakkan akhlak dan minda org melayu islam. Semoga Allah selamat kan Malaysia. )




#Bacalah untuk pengajaran. Jangan jadi kurang ajar hanya kerana politik negara. Jika anda begini, anda tidak mungkin pergi jauh. Jika anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara, anda tidak boleh berperangai begini. Percayalah. 

#Aku x pandai, tapi aku pasti aturannya begitu. 

#Jadilah rakyat yang bijak, bertanggungjawab, sopan santun dan segala sifat mahmudah yang  lain. Jom sama-sama jadi insan, makhluk yang baik di sisi Allah. 

Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

masih tercari-cari mana tempat nak check kawasan mengundi anda? adakah pendaftaran anda yang lepas valid untuk anda mengundi? haaa.. bukak la page http://daftarj.spr.gov.my/ ini. untuk anda semak ye. =)

senang je.masukkan no kad pengenalan anda kemudian tekan SEMAK. teheee

oh tarikh mengundi kita dah ditetapkan pada 5/5/2013. so, mai la ramai2 pergi mengundi yer. =) Semangat sangat ak. Pheww. Errkkk. 




Pilihlah pemimpin anda dengan bijak. Moga undi anda bermakna. 

Aku adalah merupakan calon mengundi buat kali pertama dalam hidup aku. wahhh. ala2 excited sangat kan. Hahahaha. Walaubagaimanapun, nasihat ak (Astaghfirullah hal azim), istikharah la. Apa-apa pun yang kita nak pilih, istikharah la. even nak pilih baju pon, ada orang buat istikharah, berdoa semoga apa yg dipilih utk digunakan dalam kehidupan seharian ni berkat dan menepati syarak.

"If you want something in your life and you aren’t praying Tahajjud for it then in reality you don’t really want it. - Sheikh Yasir Qadhi"


#Maaf. Aku x pandai berkata-kata.

Mitsubishi MIRAGE merah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


this is Amni's mitsubishi mirage. 

Aku pronounce M I R A G E kot. tapi Amni ckp pronounce M I R A J la. Hahaha Aku bantai je. 

Merah.Cantik.No plat pon cantik kot. 

bahagian dalam aku tengok macam luas. selesa la. 

tinggi sikit. mcm kalo kancil, myvi tu mcm rendah sikit kan. 

kawan aku cakap, kereta perempuan la MIRAGE ni. kata ak eh, ye ke? boleh je lelaki nk guna pon. Hahaha. 

tapi kiranya MIRAGE ni sporty ala2 gurlish la yer. dan nampak bergaya. 
sesuai nak bawak beraya. Eh?.. Krek krek krek.... 

Alkisahnya ak nak date ngan member ak ni ari tu. beliau pon msg la ak. 

"Ain, nak ak ambik mg dumoh ke gano ni?".

ak dengan kompidennya. 

"Eh,x pe.ak p sendiri la..sene sikit. x payah mg anta balik plak".

.....................................

selang sehari, ak teringat. eh makcik ni dye da beli kete kan. 
la, dah knapa ak tolak pelawaan makcik ni kan. haha. 

ak pon msg balik. 

"Beb, mari ambik ak dumoh la. teringin jugak nak naik MIRAGE". 

harga? boleh tahan la Ok. tapi kalo beli sekali kereta seumur hidup Ok la kan.
Kereta utk keperluan. Belilah yg anda suka, x kisah harga bape. asalkan anda mampu membiayainya. kan kan. 

Oh Quiz

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Minggu yang berderetan kuiz. Minggu ke 7 out of 14 weeks per semester. orang tengah bermati-matian study BUT me? Hahaha. Silence. 

It's only a Quiz. Oh tolong la. pastikan anda fokus. Quiz also contribute mark to the subject, paling sikit pon 10%. Eh, 10 tu. banyak la jugak kan. 

Ok baik. Kembali study! Psiko!

Book review - Murtad (FIXI)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Puas. itu kata hati aku. Aku puas dengan MURTAD. Kali ni memang aku puas. memuaskan. Tahniah penulis. aku suka banyak benda dalam Murtad ni. Ha...nampak x betapa aku puas hati nyer? Hahahaha

1) Watak dye, Si Kembar Akhil dan Adam. Ohhh.Melting.
2) Bahasa yang digunakan. Loghat kedah. Aku suka. aku memang jenis yang suka blaja loghat2 negeri lain. :P
3) Its related to the deen. ada berkaitan agama. Ya, bila aku baca, ada jugak masa nak ingat akhirat kan.
4) Aksi. aku suka aksi lebih dari novel cintan cintun. tapi baca jugak cintun pnyer.

at first impression aku, aish tebal compared to Mangsa, Licik. so, malas la nak baca lagi. aku simpan yang ni untuk dibaca bila aku dah ada kat rumah. bukan masa aku kat Tg malim dengan sibuk2 nak p lab semua. x boleh fokus. Hahahhaa.


kejam kah atau patut kah dengan hukuman bunuh sebab murtad? 

melibatkan agama kot. so, apa2 hal, baca la dulu. sure u ols enjoy! 

Ouucchh teringin nak baca sekali lagi la MURTAD ni. mcm banyak je masa aku ni kan. 

Hot Spring Felda residence Sg Klah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh











fee? nak masuk cni org tua, eh eh org muda mcm aku ke atas RM12, budak-budak kecik RM10 kot x silap aku. 

scenery tmpt ni refreshing la jugak. banyak pokok. rasa tenang. 

tempat makan ok la. ada beberapa cafe. harga? biasa la.kalau kat dalam ni tinggi la sikit harga makanan tp xde la sampai mencekik darah korang.Heeeee. kami pon ari tu makan nasik lemak kukuk ayam goreng.

sapa yang datang tanjung malim, untuk bercuti, datang la cni. aku pergi 2 kali dah sejak aku dok UPSI. first time pergi dengan PakCik aku yang dok Rawang tu, 2nd time bawak kawan aku yang datang Tg Malim. Hajat-hajat lepas ni boleh p sekali lagi dengan geng-geng biologist batch aku. 


k bai. serius x larat skrg ni. sobsob. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...