Program Transformasi Makmal Bitara

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Transformasi sangat kan. dah macam bertukar!! dari manusia biasa menjadi ultraman taro! melawan raksasa yang dtg ke bumi. Hah. da mula merapu. awal2 pon da start merapu. merapu nak, update blog nak, tapi thesis x siap. (ok sentap sendiri). 

ujung minggu lepas we ols, Rasians yang berapa kerat ni dah ke SK Methodist Tg Malim. mentransformasikan makmal sekolah ini menjadi lebih ceria. start from last year yang mana kami mula dengan mencari penajaan dan alhamdulillah dapat jugak la rezeki untuk sekolah ini. dapat la beli beberapa keperluan yang diperlukan oleh sekolah methodist ni. contohnya rel langsir, cerek elektrik, tikar getah balut meja, buku rujukan, cd pembelajaran dan lain2 abm lagi. 

dan as usual bagi setiap program yang aku sertai, the best part dan moment yang paling mahal adalah ukhuwah yang terjalin. subhanallah suka sangat. 



sebelum penambahan barangan baru dalam makmal dan pembersihan makmal





selepas ...






Ok tu la...alkisahnya aku malas nak edit gmbr2 ini semua. so the team as below. yg ni paling penting ni.. di samping ajk2 penajaan yang telah bertungkus lumus minta sumbangan sana sini kan. 




ok. jadi utk sape2 yg nak buat program kerja amal yang mcm ni, boleh la cuba-cuba. mintak penajaan dengan adun kawasan, syarikat2 yang menjual barangan makmal dan sebagainya. even nak mintak derma drpd ibubapa pelajar pon boleh. xde msalah. 

#SweetMoment #Rasians #Kepoh #Senior #Junior. 

#Eh, belog aku da mcm blog Rasmi kelab Rakan Alam Sekitar ke? Mcm buat laporan di akhir program. =) 

Saham akhirat. Murid guna lab, duduk atas kerusi yang anda paku, guna meja yg anda balut pelapik, berteduh dr kepanasan dgn rel langsir yang anda pasang, guna aset yg anda hadiahkan pada lab dan sebagainya. semua itu moga beroleh asetnya di akhirat kelak. 

#Antara satu amal yang x terputus pahalanya ialah sedekah jariah. InsyaAllah. 



5 comments:

  1. Beta : ex methodist tg malim ea? =)
    Crew fathi : =) Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

    http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


    Thank you Cik Ain :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...