Siapa member kita ?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ok. tajuk ni ak celop dari Anis edisi Mei 2006. lama dah kan. act., td masa tnggu air penuh dalam mesin basuh ak duduk2 la kat sofa kt dapur n mata terpandang sebuah majalah Anis atas meja depan sofa tu. terus ak amik n belek2. stu tajuk yang menarik perhatian ak ialah. ini. tajuk kat atas tu. Siapa Member Kita dalam ruangan Si Dara Pingitan. terdapat beberapa kategori kawan yang telah mereka senaraikan. Antaranya ialah :

1) KAWAN SUKA SUKI
- hanya ada ketika kita senang atau gembira, tapi jarang sekali mereka ada ketika kita memerlukan bantuan mahupun perhatian. "Hilanglah suka, Hilanglah kawan".
- berhati-hatilah dengan mereka,. bukan tidak boleh berkawan, tapi janganlah sehingga makan hati berulamkan jantung.
- Biarlah mereka beranggapkan kita hanya sekadar kawan suka suki tapi berlainan dengan cara kita, bantu mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan mereka.

2) KAWAN MAKAN KAWAN
- Senario yang sering melanda bagi mereka yang terlalu percayakan seseorang ialah bila orang yang dipercayai mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan.

3) KAWAN IKAN HARUAN
- Kawan yang merosakkan maruah orang lain.
- Bagi anda yang ingin berkawan dengan manusia jenis haruan ini, mereka memerlukan ilmu dan pengisian jiwa yang kuat bagi mengelakkan diri terjebak dengan hal yang sama.

4) KAWAN SI TUKANG BESI
 - Istilah tukang besi diibaratkan kepada mereka yang melakukan aktiviti yang tidak sihat spt merokok, melepak dan sbgnya.
- Jika kita berkawan dengan mereka yang membuat aktiviti begini, kita jga dianggap sebahagian drpd mereka.
- Ada yang beranggapan perlunya menyiapkan diri dengan ilmu dan jangan meninggalkan mereka sendirian kerana mereka akan terus menjadi tukang besi dan semakin ramai terkena percikannya.

5) KAWAN SI PENJUAL MINYAK WANGI
- Mereka ibarat pembawa cahaya dalam kehidupan.
- Mereka bukan saja berilmu, malah dihormati dalam klgn masyarakat.
- Sekiranya kita ada kawan begitu rugilah jika kita membiarkannya dan tidak diambil peduli.
- Mereka mampu untuk membimbing kita ke jalan yang benar. paling tidak, kita juga akan berbau wangi kerana menumpang wanginya.

6) KAWAN MISTERI
- kawan yang tidak dikenali identitinya. kawan SMS, sahabat pena, kenal di alam maya.
- Dalam hal ni,macam-macam perkara boleh berlaku, sama ada ditipu atau diri sendiri menipu.

7) KAWAN SEJATI
- sukar untuk mencari dan MENJADI kawan sejati. kalo dah ada jagalah sebaiknya.
- Kawan yang mengerti erti kawan yang sebenar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
- Tidak perlu takut dengan teguran yang dilontarkan kerana itulah tugas dan peranan kawan yang sebenar.

jadi, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. tidak salah untuk berkawan yang penting kena dengan cara dan gaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...