Seorang pengembala tua sdg mencari2 kerbaunya yg hilang.Puas dicarinya di merata-rata tempat,namun kerbaunya masih belum ditemui.Dia bertembung dgn seorang budak yg sdg memancing.
pengembala itu pun bertanya :
"ada kau nampak kerbau pak cik yg hilang?"
"oh,kerbau pak cik yg buta matanya di sebelah kiri tu ye?"
tanya budak itu.
tanya budak itu.
"ya,ya..."
jawab pak cik itu dgn cepat.
"rasanya kerbau pak cik itu dah tua.."
tambah budak itu lagi.
"Betul,betul kerbau pak cik mmg sudah tua.Kau ada jmpa dia?"
"Kerbau pak cik itu tempang kaki kanannya yg disebelah hadapan bukan?"
"Betul,betul.Tunjukkan kerbau pak cik itu dimana?"
"Maaf pak cik,saya x jmpa kerbau pak cik.."
kata budak itu.
"Kau jgn main-main.Memang itulah kerbau pak cik.Kerbau pak cik mmg dah tua,tempang kakinya dan matanya buta sebelah kanan.Jgn bergurau,pak cik nk cepat ni...."
"Betul saya x nmpk,pak cik."
balas budak itu lagi.
"Kalau kau x jmpa,bagaimana kau tahu sifat kerbau pak cik??"
Budak itu tersenyum.
"Macam ini..."
kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
"Tengok rumput2 ini,ia telah diragut oleh kerbau pak cik.Ini kesan ragutannya.."
budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput2 hijau tersebut.
"Ya,mmg ini kesan ragutan kerbau.Tp mcm mn kau pasti ini kesan ragutan kerbau pak cik? Bukan kerbau lain?"
"Cuba pak cik lihat baik2.Semua rumput yg diragutnya adalah yg disebelah kiri.Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya.Kesan ragutannya juga tidak sekata.Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yg patah..ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya.Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dgn tapak2 kakinya yg lain. Ia kelihatan seperti diseret,ada ketikanya tidak ada langsung. Ini menunjukkan kerbau ini tempang......
pengajarannya: Tidak semestinya kita perlu nmpk sesuatu utk kita menerima kewujudannya.Ada waktunya keyakinan dpt dicapai hanya dgn melihat tanda2nya.Begitulah Allah,kita tdk perlu melihatNya dgn mata utk mengakui kewujudanNya.Cukup dgn melihat ciptaan Nya..
hmmm....ramai org bukan islam malah segelintir org islam yg mempertikaikan..
mcm mn nk mengakui kewujudan Allah sdgkan kita x nmpk Allah itu sndiri dgn mata kepala kita.
mmg kita x nmpk..tp kalau kita menghayati segala ciptaanNya,itu sudah mencukupi utk kita mengakui bahawa Alam ini mempunyai Pencipta yg bersifat Al-Hakim..
renung2 kan dan selamat beramal~~
No comments:
Post a Comment