::solat sunat dhuha::

sepatutnya cuti2 ni bnyk masa lapang,boley la mengerjakan solat dhuha yang sememangnya sgt banyak kebaikannya..namun adakah kita semua sedar akan hal ini...sy sendiri pon kadang kala lalai dan lupa akan amalan2 sunat yang kita berkemampuan untuk melakukannya.Malah sesetengah daripada kita bercadang untuk mengerjakan nya namun niat sahaja yang lebih.Pelaksanaan nya terbatas dek ada nya sikap 'MALAS'. Sikap yang saya rasa tidak wajar untuk kita umat Nabi Muhammad ada kerana dengan ada nya sikap ini,kita x akan dapat utk mencapai kejayaan yang cemerlang~~

Di sini saya ingin sertakan cara2 dan doa2 yang berkaitan dengan solat sunat Dhuha ini 

WAKTU 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Anggaran waktu dalam pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

NIAT 

maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

CARA-CARA

sama seperti solat2 lain...2 rakaat..dan boley juga dilakukan 12 rakaat dengan satu salam setiap 2 rakaat.
rakaat pertama baca Alfatihah dan selepasnya baca surahAs-Shams.
rakaat kedua baca Alfatihah dan selepasnya baca surahAl-Lail

DOA SELEPAS SOLAT

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
sekian sahaja..moga2 kita semua termasuk diri saya ini berjaya melaksanakan solat sunat Dhuha ini..since bnyk kebaikan seperti murahkan rezeki dan menolak kealpaan..sekadar ingatan utk diri sendiri dan rakan2 sekalian...

renung2 kan dan selamat beramal dengan istiqamah~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...