::6 persoalan hidup::

assalamualaikum teman~~

xde pe nk post terasa nk post somting...n i got somting that can be read by any1 yg terasa nk baca..
njoy ur reading n hoping dat there's somting that u can learn from these '6 persoalan hidup'.


Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, 
pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. 
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati".
Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. 
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "masa lalu".
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".
(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. 

Pertanyaan keempat adalah,
" Apakah yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, 
tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?". 
Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. 
Semua itu benar kata Imam Ghazali,
tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". 
Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. 

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Al-Ghazali, 
tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

subhanallah...ak dpt ni drpd kwn ak yg tag kt fb....hatiku sungguh terpana mmbaca semua ini...ntah mengapa..
sesungguhnya semua ini menguatkan lagi ingatkan ku kepada pemilik Nyawa ku ini...ya Allah,jauhkanlah ak dr sebarang kemungkaran..dan ak berusaha utk memperbaiki segala kelemahan n kekurangan diri ku yg hina dina ini...sungguh ak hanyalah insan kerdil mu Ya Allah...berusaha juga utk meng'shift'kan paradigma ku n meng'shift'kan jgk keimanan dan niat ku..moga segala yg kulakukan adalah ikhlas kerana mu ya Allah......

ilalliqa'i ma'a salamah~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...