Showing posts with label mereka ak CIKGU. Show all posts
Showing posts with label mereka ak CIKGU. Show all posts

My good markers

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Haha teacher stuff be like. Haha 


ada sape-sape nak sponsor ink marker? in marker sy dah habes. 

Happy teacher's day, teachers!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

2016. 2nd year of celebrating teacher's day as a teacher. 

a beginning. happy teacher's day to everyone. my big big milion thanks to my parents(my precious teacher), relatives, lecturers, friends and all my teachers also colleagues. thanks a lot for taught me since i was born and still counting. Hanya Allah yg mampu membalas. ‪#‎selamathariguru‬‪#‎gurupembinanegarabangsa‬



semoga terus bersemangat waja mendidik anak bangsa. mendidik. later, gonna share about students here. 

Johor-Friday-Worker's day

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Alhamdulillah. Its a wrapp!!! Friday comes. by the way, happy weekend day teachers and all. dan minggu ni cuti bertambah sehari disebabkan oleh Worker's day! 

Today, in one of the class i entered, i said to the students,
"Ok guys, now keep all your books and stand up, see u on monday because sunday is holidayyyy" 

Me, the one yg really2 excited. Haha. boo kecik besar kat ain najwa. Haha. 

then, one of them come to me,

Teacher, ahad ni cuti ape? selaku cikgu yang tgh excited, ak menjawab. "Hari pekerja, nak oi". 

So teacher, teacher je la cuti ye, kitorang sekolah eh? 

Lol, kenapa pulak? aku sengaja bertanya.

Dah tu teacher, kitorang bukan pekerja pon. =D (Big smile) soalan dan jawapan mcm ni boleh dikira Kbat x? 



ok bai. Selamat bercuti semua. 


Soalan murid aku

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



Hari ni masuk kelas relief tingkatan 4. I'm not preparing anything because bulan puasa rasanya nak masuk sembang-sembang tanya apa syarat wajib puasa dan hukum-hakam berkaitan puasa je pon. 

hehe. bajet ustazah sangat aku kan. 

padahal idok pon. 

tetiba ada la 2 orang budak kat belakang ni, panggil aku. 

teacher, sini jap! nak tanya soalan. 

teacher, saya nak tanya 10 soalan. 

Ok saya nak jawab 2 soalan saja. 

Nganga. 

Teacher, dah kahwin belom? 

Aku jawab, Dah! (Walaupun aku belom)

Teacher, ada anak berapa ramai? 

Aku jawab, Banyak. Anak kunci. anak tekak. anak mata. anak tudung. 


Ok. Teacher Win! Haha ok bai. 


masuk kelas last lagi best daripada masuk kelas paling pandai di sekolah. (Fact)



After 2 weeks in Johore

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Ouchhh lamanya menyepi. lebih kurang 2 minggu x sign in blog dan x sempat lagi nak blogwalking ke blog teman2 blogger yang lain. tengok dashboard banyak betul post2 menarik yang menanti untuk di 'view'. malah x kurang jugak komen2 yang nak di 'reply'. haaaa bajet fofular la pulak hamba. haha. 


btw guys, hamba dah 2 minggu berada di Bandar Tenggara, Kulai. specifically berada di SMK Seri Pinang yang indah permai. Ok nampak x situasi dah jatuh cinta kat sekolah ni? haha. sepanjang berada di sini, Alhamdulillah from day to day, feeling better dan mudah untuk adapt dengan persekitaran. Bandar Tenggara? bunyi nama macam bandar kan? haaa sebenarnya kedudukan Bandar Tenggara ni adalah tengah-tengah antara felda-felda yang ada di Kulai ni. jadi, kedudukan sekolah hamba adalah lebih kurang 30 minit juga utk keluar ke Kulai iaitu kawasan bandar dan juga Senai serta Johor Bahru. 

Ok guys, (guys hamba ni refer pada u ols tau, x kira la lelaki ke perempuan ke kakak ke abang ke). Moh kita study peta Johore jap. 



haa u ols cari la kulai tu kat mana. 



specifically that was bandar tenggara. ok nmpak x kedudukan tempat hamba dengan Kota Tinggi, Keluang dan Kulai. 


haaa sekian sahaja laporan untuk minggu ini, kawan sejawatan hamba dah panggil balik nu. 

tengok jam tampar pipi kol 5 lebih masih di bilik guru ^^


penantian Calon Simpanan ISMP sudah berakhir

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Ala kulli hal.. Akhirnya penantian Calon simpanan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti seluruh Malaysia telah berakhir.

boleh buat semakan penempatan di laman sesawang berikut. 
http://apps8.moe.gov.my/egraduan/


dan aku pon Cikgu Najwa ditempatkan di negeri Johor Darul Takzim. Syukur Alhamdulillah. 

Allah. ini masa yang ditunggu selama setahun lebih. so, ape lagi, harus la kena bersemangat untuk menjadi guru. untuk mendidik anak bangsa. untuk menjadi duta pendidikan negara, untuk membina ummah, untuk menjadikan pendidikan di Malaysia lebih unggul. Hauuu..besar tanggungjawab kan. 

Apa-apa pon, aku ucapkan selamat berbakti kepada semua bakal guru yang posting 19/1/2015 akan datang ni. Reset niat dan beramal dengan jayanya (peringatan untuk diri sendiri terutamanya). 




ke Johor la kite.

Hectic week

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Sangat hectic, pack, dan gorgeous melambung-lambung minggu lepas. daripada balik kampung seminggu utk attend wedding ceremony kawan ditutup dengan attend another wedding ceremony kawan yang lain di negeri lain pulak. Phewww..Isnin, Selasa minggu ni baru dapat berehat sedikit dengan me'relax'kan diri di bilik. terus x ber'mood' nak pergi lab dan jumpa Dr. huhu. 

Seminggu pulang ke kampung sehingga 25/5/2014

bertolak ke Pasoh, Negeri Sembilan untuk field work 26/5/2014

field work, masuk hutan, kutip sample, daki bukit, kena gigit nyamuk 27-29/5/2014

kutip sample di jalanan odw balik, sampai Tanjung Malim maghrib, ke IPOH, ke CHEMOR, kembali ke Tanjung Malim 30-31/5/2014

bertolak ke MELAKA untuk attend wedding kawan 31/5/2014 

sekeping gambar pelamin angan


1/6 bertolak balik dr MELAKA. dan sampai TANJUNG MALIM lagi jam 3 pagi 2/6/2014

3/6/2014 gigih mencari LATA KINJANG di TAPAH. 


Fuhhh.....Tq Allah untuk nikmat ini. Nikmat masa dan nikmat mengembara. Mengembara is Awesome. boleh melihat setiap apa yg Allah cipta ini. kadang, setiap yang ada di negeri lain tidak sama dengan ape yang pernah kita jumpa dan pernah kita alami. masa ni juga, masa untuk kita mengenali dengan lebih baik rakan-rakan kita. sebab org kata don't judge book by its cover. betul tu, kalo tengok cover saje, nampak la buku tu buruk dan bored. but, if we try to read it, mgkin isi kandungan buku tersebut sgt osem. mana kita tau kan. 



lepas ni berangan nak buat entry malacca pulak. 

Selamat hari guru

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

First of all. selamat Hari Guru untuk diri sendiri! hahaha. walaupun mild breakdown emotional sebab x dpt posting lagi muahaha.. even result interview pon belom keluar lagi. osem kan. osem sangat. ok fine stop n shut up. just pray wait and see. InsyaAllah kalo ada rezeki x kemana.

Terima Kasih Umi Abah,
Terima Kasih cikgu2,
Terima Kasih lecturers,
Terima Kasih Friends,
Terima Kasih semua yang terlibat dalam hidup saya secara formal atau secara tidak formal.




#TerimaKasih Allah
#TerimaKasih Cikgu 




Semakan keputusan temuduga SPP

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


wahhh tengah heboh sekarang ni.. katanya result interview nak keluar early of may, then posting maybe june/july. haha. ak pon kadang ambik la tahu jugak..kadang2 tu malas nak fikir sgt,buat lah ape yg tngh ak usahakan ni dulu...doa2 biar dapat. bole cepat2 keje balas jasa umi abah. sobss.. lambat woo nak boleh blanja umi abah dgn duit sendiri. hek2x. 




just tekan link kat atas untuk ke wall spp tersebut oke. 


tanjung malim hujan lebat. ak kat lab lagi =) huhu walaupun kepala tingtong hidung merah2 tapi gigih kan datang lab di hujung minggu. moga semangat terus menerus sehingga perjuangan ini selesai. Upss perjuangan menuntut ilmu x penah selesai, bak kata abah. =) 



i'm officially ....

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

entry tertunda selama beberapa bulan. bila belek draft eh ada lagi entry ni belom post lagi. hahaha. 

i'm officially graduated from Upsi with the degree holder.

i'm officially menganggur secara terhormat.

 2/seminggu awal aku dah pergi untuk ambik jubah. actually boleh je kirim kat kawan yang duduk area sana kan. tapi the truth is aku memang berhasrat berhajat utk ke sana lama dah sebab ini lah masanya utk berjumpa rakan-rakan. 



.................................................

entry bersambung apabila aku rajin lagi nak melayan okeh... 





pengalaman. IV SPP

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh




alhamdulillah. akhirnya berjaya posting. Eh. haha bukan lagii..sy berjaya menghadirkan diri ke interview SPP.



so, utk perkongsian..sy, hanya seorang wakil UPSI di bilik 4, group 4. 

1) intro diri +++ (sila bgtau setiap skolah yg pernah ganti (kalau ganti bnyk2 sekolah) utk lebih konfiden!!

2) Graduan universiti mempunyai soft skill/ kemahiran insaniah yg rendah. apakah yg dimaksudkan dgn kemahiran insaniah dan komen.

3)isu semasa slain yg plg popular MH370 (seeloknya hari iv nnti kalo sempat beli la pper n baca satu isu semasa luar negara. ) atau paper before the day.

4)disebabkan ada calon sebut pasal isu lgbt/hak lgbt di malaysia / COMANGO, Datuk tu pon tnya la pasal isu ni pulak mcm apa faktor, komen kita thdp lgbt dan pandangan serta layanan kita pada golongan lgbt.


5)sebut menteri dan timbalan menteri pendidikan. ( soalan wajib tau jawapan ni, kalo x, adanye korang x lulus iv, hikhikhik).

kemudian soalan guru cemerlang tu pulak (sempoi gler, bhsakan diri beliau cg je) 

6) cara mendapatkan kelulusan untuk mengendalikan program di luar sekolah.

7) HOTS- huraikan Khunsa. Syndrome Klinefelter dan Syndrome turner.

8) Setuju x dgn pernyataan " Belajar bio mudah, mengajar bio pon mudah". beri pendapat.

Apa2 pon. macam kawan2 lain bgtau, eye contact, confident, cakap terang lg bersuluh, kuat, jelas. td kami kalo bab2 blazer, kasut, nametag x dititik berat sgt (as ak pon pakai blazer lelaki. hehe) Alhamdulillah. last but not least ALL the best semua utk 2 lagi kumpulan di utara dan putrajaya nnti. USAHA, TAWAKAL. MOga sama2 beroleh kejayaan.



tempek gambo sekeping :P.  tarikh keramat 10/3/2014


sumber : zaa fasihah


gud luck utk rakan2 zon utara dan selatan. 

semakan panggilan temuduga spp

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

entry ni khas untuk graduan pendidikan samada graduan maktab atau universiti.
haha. oke entry ini sebenarnya kemuncak panggilan temuduga untuk aku dan kawan-kawan aku.
laman web ni jugak kadang2 buat org tension sbb nama x naik lagi.
laman web ni jugak kadang2 buat org ketaq lutut sebab nama dah naik kan. haha
oke sgt macam2.



mula-mula kuar mcm ni. ape lg, isi la no kad pengenalan tu. 


then, 
then, 
then, 

haaa suprisee!!!

nah bagi size pict x-large kasi nampakk..

Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini. 

hehe. bagi sesetengah orang. alhamdulillah.. belom lg tu. sesetengah org pulak frust nya belom dpt. 


apa2 pon rezeki masing2 ada. cuma cepat lambat je. sila lah berdoa banyak2. 

ni link untuk di klik kat bawah nu. 

http://semakan.spp.gov.my/semakan/jadual_temuduga_view.php

4/3/2014 

tarraaaa

akhirnya....

alhamdulillah..


k bai. =) 

interview.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Bertuah. 
Org dpt IV, ak yg dah rasa 
"butterflies not yet in the stomach but up to the liver". 

Argghh Gerrrr
bukak buku tutup and repeat the action. 
then at last, Gud nite semua nota, kita tidur bersama ye. 
Moga anda sudi menghadamkan isi anda utk sy. 

#GudLuckBiologist@Sarawak 
#KitaKatSemenanjungGetReadyJeLa.




homaigod dah 2014 and this is the 1st entry of the year. being at home with the house chores, some business (that need me to work at kitchen), part time teacher at tuition center and so so so on buat diri kelihatan sgt busy. even nak membelek blog pon xde masa. besides, nk on laptop pon ambik masa yg lama. phewww.. 

bukan men kan aku ni. bunyi mmcm busy lebih mak2 yg bekerjaya malah berblogging pulakk... 

hakhak k baii..

Perbezaan Artis dan Kami.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

CONTOH 1:
SOALAN 
Rakan : weyh, hg memang cantik la. 

JAWAPAN 
Rakan II : Eh, aku memang la cantik. baru tau ke? 


CONTOH 2: 
SOALAN 
Wartawan : Eh, awk ni Siti NurFaizah (Artis ni, jgn cari kat google, sbb xdak. artis rekaan je) kan? Awk memang cantik la... 

JAWAPAN 
Artis : Eh x de la. mana ada. malu la awak cakap macam tu. 


#Situation yang sama berlaku pada aku dan kawan-kawan.pantang dipuji dengan kawan-kawan mesti menjawab seperti contoh 1 di atas. tetapi setelah sorang kawan aku ni tertonton kat Youtube lagak seorang artis menjawab pujian wartawan tu, kami pon mula la buat2 jawab seperti artis pula skrg ni. Hehehehe

#Pasti aku akan rindu sama korang. pasti. gelak. ketawa. tangis. sebak. lawak. Kerana Allah ak bercinta berkasih berkawan dengan korang. dan kerana DIA juga aku berpisah dengan korang. tetapi jangan khuatir kerana korang tetap berada di hati. InsyaAllah. 

#Mood bakal meninggalkan dunia beruniversiti. 




kompilasi terakhir ber'title'kan student

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ended with this.


Thesis presentation. 


Pre-Graduation Dinner AT11 2009/2010


Farewell party Kelab Rakan Alam sekitar. 



Farewell party kelas kayu kemahiran hidup. 


Done with last biology's paper. last exam as degree student. 


Bulatan Oreo lemak berkrim yang terakhir. Surat dr sahabat utusan dr Allah. 


Star gazing and lepaking sampai pukul 3 pagi di depan rumah. 



InsyaAllah, kalau ak rajin. ak nak je tulis setiap peristiwa yang berlaku ni stu post tapi kemalasan ak tahap dewa. ni pon buat entry dengan bantuan idea sahabat Farhana Siput. 



it's week 11 n ENJOY

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


for UPSI students. degree students, it's already week 11. full of commitment. Maybe any college, club's project already ends but there's too much more assignments, presentation, tests, quizzes and others around the corner to be settled. 


For me, us, semester 8 students, surely busy busy busy enough with thesis writing, presentation and any related thing to the simple word thesis. 


but, me, still enjoying the day here, before finish the study this june. Wow. n i'm already reach the finishing line of 4 years degree in education. Clap ur hand. Hahaha 


And plan what to do after finish the study. Haha. Berangan. 

so guys, yg penting utk minggu ni. yg mana sem bape x verify lagi subject registration, silakan, jgn jd mcm aku dah kena denda wooo. bagi sedekah kat upsi weyyyy.


kalo x buat benda ni slip exam x kuar dasyat lagi x leh ambik exam. Haa takut takut x ? hahaha


next, buat penilaian lecturer kat myguru. kalo x buat x leh cetak slip exam jugak. Eh, benda wajib setiap sem. ha korang nak komen lecturer korang time ni lah. haha

then, yg mn x bayar yuran lagi mcm ak ni settlekan cepat-cepat ye. kesian upsi. xde duit kalo korang x byr yuran (ckp,pndg diri sendiri pastu wat muka blurrr)

last sekali settlekan assignment dan hadiri kuiz dan yg paling penting ENJOY. 

Open Table?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

korang suka open table? Korang dah biasa open table? korang memang tiap2 minggu atau tiap2 hari open table. Ha. Aku pon suka konsep open table ni. Eh, bukak meja ka? kadang-kadang memang kita dah selalu pon p makan ngan kawan2 cuma x guna word open table. so, sama je la pon kan.. aku memang hantu open table. 



bermula dengan kakak-kakak Senior Ras. 






Kepada adik-adik senior RAS. 







Juga kawan-kawan sahabat handai. 





ni lah aktiviti kami jika ada kelapangan masa. mengeratkan silaturahim sementara semua antara kami ni x terikat kepada ikatan perkahwinan lagi. dan juga sementara menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Universiti yang x lama lagi ni akan berakhir. Allah. Pasti aktiviti ceni akan dirindukan oleh setiap antara kami kan. aku la terutamanya. Huh. Haha. Kalo bab belajar rindu lagi x nanti agaknya? Hahahaha. 







Oh Quiz

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Minggu yang berderetan kuiz. Minggu ke 7 out of 14 weeks per semester. orang tengah bermati-matian study BUT me? Hahaha. Silence. 

It's only a Quiz. Oh tolong la. pastikan anda fokus. Quiz also contribute mark to the subject, paling sikit pon 10%. Eh, 10 tu. banyak la jugak kan. 

Ok baik. Kembali study! Psiko!

Program Transformasi Makmal Bitara

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Transformasi sangat kan. dah macam bertukar!! dari manusia biasa menjadi ultraman taro! melawan raksasa yang dtg ke bumi. Hah. da mula merapu. awal2 pon da start merapu. merapu nak, update blog nak, tapi thesis x siap. (ok sentap sendiri). 

ujung minggu lepas we ols, Rasians yang berapa kerat ni dah ke SK Methodist Tg Malim. mentransformasikan makmal sekolah ini menjadi lebih ceria. start from last year yang mana kami mula dengan mencari penajaan dan alhamdulillah dapat jugak la rezeki untuk sekolah ini. dapat la beli beberapa keperluan yang diperlukan oleh sekolah methodist ni. contohnya rel langsir, cerek elektrik, tikar getah balut meja, buku rujukan, cd pembelajaran dan lain2 abm lagi. 

dan as usual bagi setiap program yang aku sertai, the best part dan moment yang paling mahal adalah ukhuwah yang terjalin. subhanallah suka sangat. 



sebelum penambahan barangan baru dalam makmal dan pembersihan makmal





selepas ...






Ok tu la...alkisahnya aku malas nak edit gmbr2 ini semua. so the team as below. yg ni paling penting ni.. di samping ajk2 penajaan yang telah bertungkus lumus minta sumbangan sana sini kan. 




ok. jadi utk sape2 yg nak buat program kerja amal yang mcm ni, boleh la cuba-cuba. mintak penajaan dengan adun kawasan, syarikat2 yang menjual barangan makmal dan sebagainya. even nak mintak derma drpd ibubapa pelajar pon boleh. xde msalah. 

#SweetMoment #Rasians #Kepoh #Senior #Junior. 

#Eh, belog aku da mcm blog Rasmi kelab Rakan Alam Sekitar ke? Mcm buat laporan di akhir program. =) 

Saham akhirat. Murid guna lab, duduk atas kerusi yang anda paku, guna meja yg anda balut pelapik, berteduh dr kepanasan dgn rel langsir yang anda pasang, guna aset yg anda hadiahkan pada lab dan sebagainya. semua itu moga beroleh asetnya di akhirat kelak. 

#Antara satu amal yang x terputus pahalanya ialah sedekah jariah. InsyaAllah. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...