Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Aku : satg kita p pekan taiping, ambik duit. (location : Tanjung Malim)
Hilda : haaa..kita kat Tanjung Malim.
Aku : pusing-pusing Tanjung Malim, utk ke bank islam. Tanjung Malim da malap. Gelap. X sama mcm Taiping yang masih hidup di kala jam menunjukkan angka 10. Tanjung Malim? Doggy berkeliaran craving the rubbish for food.
Ya. Aku pasti.memang pasti aku rindukan Taiping. Suasana di Taiping. Walaupun aku kadang2 bengang dengan sikap pemandu Taiping di jalan raya. Tapi aku masih rindukan Taiping. Aku rindukan sekolah King Edward. Aku rindukan anak2 didikku pelajar 2 Gamma 2 Omega dan semuanya kat sekolah tu. yang aku kenal yang biasa melawak ngan aku yang suka menegur aku. Cikgu rindu hampa semua. Aku rindukan rakan-rakan guru yang kecoh kat bilik guru. Buat potluck. makan. gile-gile posing bergambar. Aku juga rindukan Jiran yang baik. sangat baik. banyak menolong sepanjang aku dan rakan-rakan sewa kat umah tu. Aku rindukan suasana rollcall. Aku rindukan suasana monday assembly tengok budak nyanyi lagu sekolah bestari, dan aku cuit farhana kemudian gelak. Aku rindukan craving for food tengah2 malam dengan rakan serumah. Lari-lari p Tutty Fruitty. Drive thru McD. Huh. Semua tu kenangan. Hujung minggu cari tempat makan yang best then open table. Aku rindu shopping kat Tesco pukul 11 malam. Tesco tutup kol 1, da sunyi xramai orang.dan kami buat Tesco mcm playground. Huh Enak enak. Aku rindu panjat bukit Larut, then balik umah sakit kaki lutut peha tersadai jalan macam si tempang!
Terlalu banyak kenangan ku kat Taiping. Sejenak tadi aku berfikir, Ye Allah berikan ku peluang berjumpa dengan insan-insan ini di Taiping. Allah bina ukhuwah dan kenangan antara kami. Allah!! Terima kasih.
Ye itu kenangan. Tapi Ya Allah, janganlah sekali-kali kenangan ini terpadam dari ingatanku. Juga mereka. kerana kenangan ini terbina atas ukhuwah yang berlandaskan Mu Ya Allah. Jika suatu hari nanti aku terlupa (Alzheimer) moga akan ada yang mengingatkan aku kembali kepada kenangan ini. Kerana ia cukup cukup cukup indah.
Silence. 00.50am.
sedih plak ain. perpish pasti berlaku dlm setiap pertemuan..
ReplyDeleteSedih arr..
ReplyDelete:'( sob2..
-syazwan
Mira : tu la. mmg begitu lumrah hidup kita ni. doakan dan harapkan moga pertemuan kita itu menambahkan keimanan kita kpd Allah..dan meningkatkan prestasi hidup.
ReplyDeleteSyazwan : jgn sedih2. nnti cikgu pon sedih. belajar elok2 jadi orang yg berguna. Cg nk tngok Syazwan berjaya k.