Oh My English!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


hoh. td masa aku relax2 tetiba tot tot...menandakan new message received. aku, amik phone tatap message tersebut.

" ok jumpa slalu la kat Shell. "

aku reply. huh. entah kenapa rajin plak aku reply pada unknown message yg masuk tu. mungkin sbb keadaan aku sekarang yang tanam anggur suri rumah buat aku senang2 hati je reply msg semua orang.

"anda silap no,maaf" 

boleh plak dye reply kat aku

"oiii x payah la nak mainkan aku. hadoii nak mainkan aku pon x payah la cakap anda silap no. tu".

ceh budak ni.kuang asam betol.aku da la rajin p reply msg dye kalo x rajin lagi la hg x tau hg anta msg kat sape...ceh ceh..aku x mo kalah aku reply la lagi..

"watever. i even don't know who r u, n who da person u wanna text just now!".

haaa..ni part yang aku nk cite kat korang. dye reply. aku laju-laju baca msg tu. tapi msg tu berjaya buat aku gelak guling-guling. dalam hati aku, sape plak gerangan budak ni. see, what he/she replied to me.

"Wow, Good you english, but you not can cheat me :)".

hahahhaa..siap boleh wat smile lagi kat aku... kompiden giler budak ni.betol-betol dye translate Bm-Bi. btw aku da malas nk layan n aku xde la nk reply lagi msg dye tu.. then tetiba aku teringat budak2 skola aku selalu dok sebut "Oh My English". lagi la gelak sakan aku sorang-sorang.


Ok sape gelak angkat ketiak!!! ahhahaa.

Nota muka cikgu : aku rajin terima esaimen makcik aku. dan sekarang aku ternganga x tau nk type ape. hah! tension! cuti tapi kena wat esaimen.
- Kepada gerangan yang msg td tu maaf. bukan sengaja nk cerita kat sini. Upssss.

Taiping O aku rindu.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Aku : satg kita p pekan taiping, ambik duit. (location : Tanjung Malim)
Hilda : haaa..kita kat Tanjung Malim. 


Aku : pusing-pusing Tanjung Malim, utk ke bank islam. Tanjung Malim da malap. Gelap. X sama mcm Taiping yang masih hidup di kala jam menunjukkan angka 10. Tanjung Malim? Doggy berkeliaran craving the rubbish for food. 

sepanjang perjalanan aku dari Taiping ke Tanjung Malim hari ni, aku x berenti-renti tersasul. Nak cakap tanjung malim, tercakap Taiping. KENAPA?



Ya. Aku pasti.memang pasti aku rindukan Taiping. Suasana di Taiping. Walaupun aku kadang2 bengang dengan sikap pemandu Taiping di jalan raya. Tapi aku masih rindukan Taiping. Aku rindukan sekolah King Edward. Aku rindukan anak2 didikku pelajar 2 Gamma 2 Omega dan semuanya kat sekolah tu. yang aku kenal yang biasa melawak ngan aku yang suka menegur aku. Cikgu rindu hampa semua. Aku rindukan rakan-rakan guru yang kecoh kat bilik guru. Buat potluck. makan. gile-gile posing bergambar. Aku juga rindukan Jiran yang baik. sangat baik. banyak menolong sepanjang aku dan rakan-rakan sewa kat umah tu. Aku rindukan suasana rollcall. Aku rindukan suasana monday assembly tengok budak nyanyi lagu sekolah bestari, dan aku cuit farhana kemudian gelak.  Aku rindukan craving for food tengah2 malam dengan rakan serumah. Lari-lari p Tutty Fruitty. Drive thru McD. Huh. Semua tu kenangan. Hujung minggu cari tempat makan yang best then open table. Aku rindu shopping kat Tesco pukul 11 malam. Tesco tutup kol 1, da sunyi xramai orang.dan kami buat Tesco mcm playground. Huh Enak enak. Aku rindu panjat bukit Larut, then balik umah sakit kaki lutut peha tersadai jalan macam si tempang! 


Terlalu banyak kenangan ku kat Taiping. Sejenak tadi aku berfikir, Ye Allah berikan ku peluang berjumpa dengan insan-insan ini di Taiping. Allah bina ukhuwah dan kenangan antara kami. Allah!! Terima kasih. 

Ye itu kenangan. Tapi Ya Allah, janganlah sekali-kali kenangan ini terpadam dari ingatanku. Juga mereka. kerana kenangan ini terbina atas ukhuwah yang berlandaskan Mu Ya Allah. Jika suatu hari nanti aku terlupa (Alzheimer) moga akan ada yang mengingatkan aku kembali kepada kenangan ini. Kerana ia cukup cukup cukup indah. 

Silence. 00.50am.  

#Taiping-Taman Tasik

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

This is taman Tasik Taiping. The most popular place @ Taiping. 


Boleh naik itik. RM 6 sorang / RM 12 sekor swan ni. 

Join senamrobik every saturday morning. 

Warm Up dulu before jogging. 

Anda nak baca buku kat area taman tasik ni pon ok sangat!

dan juga ada playground untuk anak-anak kecil anda. 

Taman tasik taiping juga ada McD besar pnya bersama Drivethru. oh best. 


so, kawan-kawan, datang la Taiping untuk percutian sehari. anda pasti akan gembira dan merasakan diri sihat dan segar serta semakin bermaya dengan aktiviti2 yang ada di sini. but, orang kata (budak-budak sekolah) kat lake garden ni ada 'bapok2' dok lepak malam. so depa pnggil jgk tmpt ni dengan panggilan Lake Thambi. Upssss. 

Nota buku cikgu : lagi 5 hari bakal meninggalkan sekolah praktikum King Edward. 












Lepas praktikal, balik umah.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Lokasi : X pasti.
Watak yang terlibat : As, Indah, Umi aku Dan Aku. 

Umi : As dan indah nk balik rumah bila? 

As : Lepas 19hb (abes praktikal) nk balik terus la ni. 

Indah : (jawapan yang sama) Lepas abis praktikal nk balik la. Parent dtg. 

Umi : Hah. Dah tu Ain Najwa tu kenapa nk balik lewat-lewat sangat ha??? 

Aku : ermmm. ermmm. ermmmm..

Tayangan terpadam. Aku x sempat nk bagi explanation kat Umi aku. Aku nk balik lewat sbb nk hantar Hilda ke Tanjung Malim dulu. dan barang-barang juga. Planned utk tinggal kereta kat sana. dan balik guna Bas. Sbb lepas tu nk balik Tanjung Malim untuk THESIS. 

Tayangan terpadam. dan aku tersedar. Aku bermimpi rupanya. Betapa perkara ini kufikirkan smpai bawak2 dalam tido. Huhu. Umi, I'm Sorry. 

Aku tahu umi kalo boleh abeh je praktikal tu suruh aku terus je balik rumah. buat ape berlama-lamaan di tempat orang. Huhu. Masih dalam dilema. dengan pelbagai tanggungjawab dan komitmen. juga dengan janji. =) apa2 pon apabila harinya tiba moga dipermudahkan Allah. Insyaallah. 

Moga mereka cepat dipostingkan

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ini adalah entry yg dah lama tersimpan dalam draft. entry ini aku tujukan special buat kakak2ku yang dah konvo. yang masih tnggu masa untuk posting. dalam entry ini aku nk doakan kakak2 ku moga cepat2 dipostingkan. Insyaallah. Don't worry the time will come soon. 










nota buku adik : kakak's ayu anggun cntik come, i curi gmbr2 u kat Fb. 2 3 keping le. yg lain dr henpon i. 




Teacher, Is it hard to teach us?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

sedang aku mengajar tajuk Simple Machine chapter last subject Science Tingkatan 2.Kakiku melangkah ke belakang melihat aktiviti-aktiviti pelajar yang berada di belakang. Tertanya-tanya aku, buatkah mereka Nota yang aku minta mereka coretkan dalam Buku Nota, Label x mereka pada kertas yang aku berikan.

Dari belakang, aku pusing satu kelas, lihat kegiatan pelajar setelah aku memberi penerangan kepada mereka.  sementara itu, di meja guru di bahagian hadapan kelas dah penuh dengan beberapa orang pelajar yang suka menapak di meja guru. Aku biarkan. Mereka selesa di situ.

Aku kembali ke bahagian depan kelas. Pelajarku yang berada di meja guru itu, tersengih-sengih. Aku kehairanan. 

T : "Hang kenapa sengih-sengih ni?ada buat ape yang saya suruh?"

S : "Teacher, Is it hard to teach us?

T : "Y r u saying that?"

S : Teacher, U wrote it in your reflection. 

homaigod. kao bukak buku Rancangan Pengajaran Harian aku nakkk!! memang haru la pastu dok bantai baca reflection aku yang kadang2 positif kadang2 aku meluahkan rasa give up bila aku x pandai nak deliver the knowledge. Banyak reasonnya pengajaran x berjalan dengan lancar. - pelajar ganggu pelajar lain - yang paling aku x suka. dan buat aku nk halau je budak tu keluar kelas. oppsss.. Hoke bai. 

Nota buku cikgu : tinggal seminggu untuk aku berada di sekolah ini. habiskan revision. tinggalkan mereka dengan hati yang senang. 


2 omega tersayang <3

keje tuisyen kao buat.keje sekolah?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh







ni status budak aku. actually before ni pon ada jugak budak kelas aku datang jumpa. 

"cg, boleh x cg tolong check keje tuisyen saya ni, betol ke x jawapan saya buat? Kalo salah kena rotan ngan cg tuisyen ni, Cg tolong check yer". 

Ak? Ok jer. tinggalkan je kertas tu, sy free sy check. 

rupanya for the sake of nak jaga malu depan kawan2 sekola lain tu hampa buat keje sekolah yer. ahahha. mcm2 la budak2 ni. 

Nota buku cikgu : when they are doing something, there will be a reason. so,as a teacher, always ask the student for the reason. prevent us from blaming then for what they are not doing. 



Kerana aku Guru Praktikum

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh




Ye ! Kerana saya guru praktikum,
 Dan saya bakal menamatkannya dalam masa 16 hari lagi. 
Kerana saya guru praktikum saya inginkan pelajar saya berjaya. 
Faham apa yang saya ajari. Ingat apa yang saya perkatakan.
 Sehingga hari ini, saya positifkan diri masuk kelas. 
Dengan doa 
" Ya Allah, Kau Permudahkanlah Urusanku pada hari ini. Mudahkan la perkataanku semoga pelajar ku mudah memahami. Mudahkan lah mereka untuk memahami". 

Ku hanya ingin mencipta kenangan. 
Kenangan mengajar yang paling indah. 

19/10/2012 Aku bakal tamat praktikum. 
Aku merintih ingin panjangkan masa itu. Keluarga di rumah gembira menanti kepulanganku. pelajarku? mgkin ada yang x sabar menunggu waktu itu dan mgkin ada juga yang seperti aku. 

Nota buku cikgu : 
1. aku masih mendidik hati menjadi kuat. 
2. aku dambakan kekuatan yang setinggi Bukit Larut. 

Terkezut budak tiba-tiba dok depan umah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


tengah siap2 nk p sekolah, tetiba " assalamualaikum!!!!". 

bukak pintu smbil jawab "waalaikumsalam". 

terjatuh rahang tngok 3 orang budak berpakaian sekolah berbasikal. Hahahaha. Hadoi. jmpa plak budak ni cari rumah aku. 


Budak-budak ni 3 orang 2 orang tu si kembar 2 Beta Hazwan Hazman. Sorang lagi Fitri Amzar budak kelas aku 2 Gamma. 

Aku la dok ingat kan anak mak cik sebelah rumah nk datang bagi kuey ke. aku dah le lapo je time tu. Rupa-rupanya budak-budak ni. ahhaha. aku tersenyum sepanjang masa. aku rasa mcm comel je budak-budak ni dok buat perangai mcm tu. 

bila sampai sekolah dok tegur plak "Cikgu, nnti saya dtg umah cikgu yer."

AKu jawab je la. "Ha'a.datang la umah saya makan nasik." 

~ pasti akan kurindu saat-saat comel budak-budak ini. tapi ketahuilah aku ni bukan org yg boleh expresskan perasaan aku contoh mcm kat Fb...oohh I'm Gonna miss u boys. ahahah. Malas aku~


Nota buku cikgu : bunga mawar depan umah kembang. dan aku x lupa nk snap. ini bunga pertama since we've been here. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...