Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Alhamdulillah Ya Allah. kerana aku masih diberi nikmat menghirup udara segar bernafas menggunakan oksigen tanpa perlu membayarnya. berjalan di atas tanah di muka bumi ini tanpa perlu membayarnya. menggunakan tangan untuk menaip, makan dan sebagainya tanpa sedikit bayaran. menggunakan kaki menuju ke mana-mana destinasi tanpa membayar penggunaannya. dan semua anggotaku yang telah Engkau kurniakan padaku ini.
Allah, ampunkan aku jika aku tidak menjaga amanah Mu ini dengan baik. Jika ku sakiti tanganku, kakiku, jika ku cabut gigiku. ku lupa ya Allah, itu sebenarnya barang pinjaman aku daripada Mu. Ampunkan aku ya Allah.
Allah, Terima kasih atas nikmat keluarga dan kawan-kawan yang telah Engkau kurniakan ini. keluarga besar yang menghangatkan jiwa ini. kawan-kawan yang ak selalu ak panggil mereka sahabat. yang selalu ingatkan aku kepada Mu ya Allah.
hari ini, cukup 22 tahun ak menghuni bumi ni Ya Allah. tanpa ada bayaran. tanpa ada cukai bumi. ku renung kembali, apakah yang telah aku buat untuk agamaku selama 22 tahun ini. Allah. hinanya diriku menghuni bumi Mu tanpa membalas apa-apa kepada Mu.
TQ Allah. TQ TQ TQ.
so true. when i start my day like it is my birthday, i feel so relief i fell the serenity i feel motivated and i can ignore the little cheeky meeky things and focus on the important things.
No comments:
Post a Comment