Cikgu suka, rindu kat Muizz yer?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


@Relief class. 

usai sahaja ak memberi salam, memberi arahan agar mereka duduk serta mengutip sampah di sekeliling kelas serta tempat mereka, ak mula berjalan-jalan kebelakang kelas. Aku perhatikan kerusi kosong di belakang sana. Kelas ini, 1 Gamma, kelas yang sentiasa aku akan relief. jadi, tiada masalah bagi aku untuk mengenali pelajar-pelajar kelas ini. 

Ya.Kerusi kosong itu didiami seorang pelajar yang pemalu, senyap, x ambik endah kehadiran aku di dalam kelas itu. Tidak pernah ingin menanya aku sama ada soalan berkaitan pelajaran atau soalan yang saje-saje seperti class member yang lain. Ku lihat pula dua kawan pelajar itu yang sentiasa bersama nya ada. Lalu, ringan je mulut aku bertanyakan kawan-kawan dia itu. 

"Mana perginya kawan kamu seorang lagi?"

"X datang cikgu. Kenapa Cikgu? Cikgu rindu kat Muizz ker? Cikgu suka kat Muizz ker? 

Errr.aku tersenyum. Oh pelajar, xde masa Cikgu ini nk minat nk suka kat kamu yang baru Form 1 tu. 

keesokan hari nya aku terserempak dengan ketiga-tiga pelajar ini. 2 kawannya tu sibuk je panggil aku untuk memberitahu aku kehadiran Muizz dan dengan kata sebenarnya memberitahu Muizz bahawa Cikgu suka kat dia. 

"Cikgu!!! Ni Muizz dah datang. Cikgu rindu kat Muizz kan. Muizz cg suka hg!!".

Sungguh la x matured kamu.Hahahahhahaa.. Aku hanya mampu tersenyum dengan gelagat mereka ini. Ye.Kadang-kadang kurasakan ini seperti satu gangguan tapi tidak sebenarnya. Gelagat mereka buat aku tersenyum. Gelagat mereka membuatkan mereka kelihatan comel. Dengan kata lain perangai yang comel. 

Kerana, sebenarnya, mereka hanyalah budak-budak yang baru ingin mengenali dunia ini. layanlah mereka dengan cara yang sebetulnya. Ajarilah mereka dengan ilmu pengetahuan yang banyak ini, Didiklah mereka dengan akhlak dan nilai murni yang baik. MOga satu hari nanti insan-insan ini lah yang akan menjadi pemimpin yang adil di atas muka bumi Allah ini. 

sekian. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...