en. dan cik tunang @porch rumah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



petang tadi aku dan kawan-kawan ke rumah kawan ak yang sorang ni. sesampai je ak depan rumah kawanku ni, aku nampak ada sorang lelaki dok kat buaian depan umah kawanku ni. buaian tu terletak di porch rumah kawan aku ni. eh bukan ni rumah pompuan ker? kenapa suka-suka hati je lelaki ni dok buai2 layan angin petang2 tu. knape knape? 

ak pon dengan kekuatan ke'laser'an yang aku ada, ak pon sound la cik abang sorang ni.

"Eh, knape ada lelaki kat rumah ni".

muka lelaki tu tersengih2. tunang si lelaki tu yang merupakan housemate kpd kawan aku pon menjawab.mungkin dengan nada bergurau. 

"Ha'a ni mmg rumah campur pon lelaki pompuan". 

dalam hati aku, mmg la bercampur kalo da nafsu mengatasi segala-galanya. bila cinta pada manusia mengatasi Cinta mu pada Allah. Allah yang Esa. 

......................................................................................................................................................

pulang je daripada aktiviti kami petang td, ak kembali ke rumah kawan aku ni untuk ambil kereta ak balik. Dang! muka cik abang ni ngan tunang dia masih lagi melekat di porch rumah kawan ak ni. aku la dengan bengang la jgk pompuan suka2 hati je bawak balik tunang ke rumah. and si lelaki ni pon x tau2 ke yang rumah tu rumah pompuan. so, pandai2 la bwk diri. jangan la dok datang melepak kat rumah pompuan ooiii. dosa. Aku sekali lagi tegur cik abang tu.

" Eh, X balik lagi, rumah kat mana? knape masih ada kat rumah ni nih? " 

cik abang tu jawab " Kat simpang". jauh gak kot umahnyer tp sanggup datang melepak buang masa dengan tunangannya.

reaksi dye? entah. ak x sempat nk usha tngok lama2 apa jadi. 

kawan, tunang bukan tiket untuk anda berdua-dua, bersama-sama, kerana syaitan tetap ada. ingin ke anda bina rumahtangga berdasarkan segala ketidak berkatan Allah itu. Fikirlah. Aku berharap dengan teguran aku yang tidak seberapa itu, anda berdua Encik dan Cik tunang pandai2 la fikir what it's mean. It's mean that, perbuatan itu salah dan anda telah mengganggu ketenteraman housemate anda yang lain. 

taqabbalallahuminkum.Maaf jika ini mencoret luka di hati sesiapa. Coretan aku hanya utk ingatan kepada diri sendiri serta kawan-kawan di luar sana. Insyaallah. Moga Allah redha. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...