=mujur dosa itu tidak berbau=

assalamualaikum teman~~

tika ak membelek2 majalah NUr yg dibeli umi pg td usai bersahur tertarik dgn tajuk sebuah hadis atau falsafah yg berkaitan dgn tajuk ni...."MUJUR DOSA ITU TIDAK BERBAU"..terkedu seketika dikala menatap tajuk ini. Mcm manakah???? Kalau ia berbau...bagaimana agaknya ya???dan adakah ada org yg akan mendekati kita?? Mcm manakah bau dosa itu?? x kan wangi mcm perfume kan......astaghfirullah....menyedari bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang...sentiasa memberi peluang utk kita menginsafi diri...

Namun begitu, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan tu tetap ada... Jika di dunia.ada kala yang benar dikatakan salah, yg salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang slah tetap terima hukumannya. Malah segala anggota pada tubuh badan kita x kira kaki,tangan dan sebagainya akan turut berkata2, meluahkan apa jua dosa dan pahala yg kita lakukan..Tidak akan ada sedikit pun pendustaan ketika ini. Segala anggota ini diibaratkan melaporkan segala aktiviti yg kita lakukan atau pun  juga dipanggil sbg saksi..

Di dunia ini,kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain...Namun mustahil menipu ALLAH dan diri sendiri..



renung2 kan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...