=jalan menuju Allah=

assalamualaikum teman~~

Ak impikan diriku
Yg sentiasa ghairah bertasbih 
Mengadu rindu kepada Nya
Mengasihi Nya sepenuh jiwa 
dan raga 
Mencintai Nya sekuat hati

Ak impikan diriku 
Yang sentiasa mengalirkan 
air mata 
Akibat rindunya ak kepada 
penciptaku
Akibat malunya ak kerana sering 
berbuat maksiat
Akibat segannya ak kerana 
sering menipu 
Kecintaan ku kepada Nya 

Ak impikan diriku 
Yang hatinya sentiasa bergetar 
Apabila nama Tuhanku disebut 
Jantungku berdegup kencang 
Bila disebut azab Nya 
Tetapi tenang semula 
Bila dicerita kasih sayang Nya 
yang Maha Luas

Ak impikan diriku 
Yang setiap detik mengingati Nya 
Akan nikmatnya yang tidak terhingga 
Kerana ak tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi

Ak impikan diriku 
Yang sentiasa bertawakal pada Nya 
Yang Maha Mengetahui apa yang 
terbaik buatku
Maha Suci dari menzalimiku 
Kerana Dia penciptaku 
Yang penuh dengan kecintaan 
kepada makhluknya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...