=discharge wrna kuning=


assalamualaikum teman~~

Discharge Warna Kuning Dan Rukhsah

musykil-musykil...

1- adakah vaginal discharge warna kuning yg keluar diakhir-akhir menstruasi tapi tak berbau spt drh haid itu masih dianggap sbg drh haid?
atau-apakah kriteria darah haid sebenarnya dan bagaimana secara pasti menentukan sudah suci dari haid jika masih ade cairan kuning but tak berbau spt drh haid diakhir-akhir waktu menstruasi?

Saya sampaikan yang harus membantu dalam soalan yang pertama. Jika ianya menepati untuk anda harapkan, semuga Allah SWT lebih mengasihi anda.
Hadis dari Aisyah RA katanya:

Ummu Habibah binti Jahsyin telah meminta fatwa dari Rasulullah SAW kemudian berkata: Aku ini perempuan yang berdarah istihadhah iaitu darah penyakit.
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya itu adalah darah penyakit, maka hendaklah kamu mandi kemudian solah malah kamu hendaklah mandi pada setiap waktu solah. (Muslim)

NOTA:
Darah 'kotoran' kebiasaannya mempunyai masa tertentudatang dan keringnya, jika melebihi waktu yang kebiasaannya, itulah yang dikatakan penyakit.

Jika kerana 'bau' yang merisaukan:

Hadis dari Aisyah RA katanya:

Seorang perempuan bertanya Nabi SAW: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya?

Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah RA menyebutkan bahawa baginda SAW mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda SAW: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu (misk) iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya.
Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya?

Baginda SAW bersabda: Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda SAW pun bersembunyi.

Sufian bin Uyainah RA memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya.

Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah RA berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu. (Muslim)
copy drpd http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2008/12/discharge-warna-kuning-dan-rukhsah.html~~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...