Health tips (Ramadhan Special) 1433 H #3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Tips 3 : Eat more fibers 


Hanya utk bulan ni, try to remember that fiber keeps your stomach full for longer periods of time. Foods that have lots of fibre in them are fruits and vegetables, whole wheat and bran breads, oats,grains etc.

dan saya pon sekarang ni sahur makan je coco crunch ngan susu. it contains lot of fibres. coco crunch pon a type of oats jgk kan...grains. 

by: doodle dakwah 

ukhuwah itu ada dimana-mana

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


first of all, pujian dan syukur ke atas rahmat yang telah Allah kurniakan pada kita semua sehinggakan kita masih berjaya dan mampu menghirup udara segar pagi nan indah ini. 

dan aku pula sudah terpacak di pekan taiping bagi menyambung sisa-sisa perjalanan hidup yang masih tidak sudah. tanggungjawab yang menyebabkan bahu ak makin menyenget. 

dan ak juga sempat pulang ke kampung halaman memandangkan cuti Nuzul Quran 17 Ramadhan jatuh pada hari isnin yang memanjangkan lagi weekends ak. entry kali ni ak nk cerita mengenai ape yg ak jumpa dalam perjalanan tersebut. 

apabila bas da masuk negeri kelantan terchenta, ak dengan automatiknye membuka mata seluas-luas pemandangan dan buat sepenuh pemerhatian pada negeri tempat tinggalku ini. 

Dipendekkan cerita, bas tiba di satu traffic light area pasir pekan. ak sekali lagi melilau kan mata ak dan ak terpandang sebuah kerete proton saga putih. u know, kedudukan kita dalam bas dan kereta di luar bas, membuatkan kita lebih tinggi dan mampu melihat orang di dalam kereta lain kan? 

ye. itu kisahnya. dalam kereta tersebut ak lihat drivernye seorang perempuan berpurdah, berniqab dan berjubah hitam. ak kemudiaannya terasa sangat indah, tenang melihat ukhti tersebut. ak sengaja melemparkan senyumanku kepadanya. mungkin dye membalas senyumanku di sebalik niqab nye itu. dan kemudian, ak lihat..

seorang lagi ukhti di sebelahnya melambai tangan kepadaku. ak tergamam. Allah. ak hanya senyum kepadanya. dan dye melambai ke arahku. mungkin anda rasa itu hanyalah benda kecil. 

tapi at that time, hati ak bergetar, mengatakan "ye, kita sama-sama di jalan Allah, kita akan menegakkan agama islam. Kita juga kenal hati ke hati even kita x pernah berjumpa". terasa ingin mengalir air mata ku ketika itu. 

Ukhuwah umat islam dengan umat islam yang lain tidak bermakna pada yang saling mengenali sahaja. ia universal. mcm air. universal solvent. bisa melarutkan hampir kesemua benda. kita kenal semua kerana kita sama-sama umat nabi Muhammad yang singgah sebentar di dunia ini mencari bekalan untuk ke hari akhirat. 

tu lah al-kisahnya yang ak nak share ari ni. 

alert nye mereka oh my student

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


situation yang kerap berlaku pada kawan ak dan juga ak kadang-kadang. tapi peratusannya memang kerap la. pelajar-pelajar sayangku ni memang alert. tapi alert dengan apa? haa.. tu yang ak nk cerita ni. mereka akan alert dengan apa yang kami pakai tepek kat muka ni. 

tiap kali ak datang sekolah, ak letak la ckit magic lip balm kat mulut, tepek la ckit bedak compact silky white tu. ye la kadang-kadang cikgu g sekolah malas nk tepek apa2 pon. so, bila pakai tu, nampak la plak. dan bila masuk kelas, loorrr..

"cikgu, cantik la ari ni".

hari ni, ak letak la ckit eye shadow liplap liplap kawan ak pnya. smpai kat sekolah, elok je kelas di awal petang tu, bila budak masuk lab ak pon senyum la ckit-ckit smbut kedatangan dyorang. datang la sorg budak india ni. 

"cikgu, make up ea ari ni?? liplap liplap je tengok". 

cehhh..ak jeling 180 darjah. ahahaha. see.. alert x mereka? 

ada stu hari tu ak ut ut, so, ak pon gatai la p pakai shawl p kelas. apa lagi mereka. mesti la nk tegur cikgu ni. 

"cikgu, lain la cikgu hari ni". dan terus nk dok tepi ak memanjang je time kelas. hussh. 

nahhhh.. mana la cikgu x segan nk bergaya ke sekolah. sikit2 kena tegur ngan student, ahhahaha. kawan ak lagi la. Farhana ni jenis x suka pakai bedak compact dulu. p sekolah ilek compident je x tampal apa2 pon kat muka, and bila Farhana start pakai bedak, boleh plak bdak kelas die tegur. 

"eh, cikgu pakai bedak ea ari ni? cantik la cikgu"....ahahhaahah..




ha...tu la cerita kami berdua. =) bakal jadi kenangan terindah kan. bakal merindui situasi gni gamaknya yer. 

ziarah Kak Ros

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

subhanallah ya Allah. kelmarin ak berkesempatan ikut kawan ak melawat guru sekolahnya a.k.a rakan sejawatannya yang baru je keluar dr hospital sebab sakit, demam n collapse. sejarahnya Kak Ros ni memang pernah kena operate sebab ada cyst dalam rahim dan ketumbuhan tu da seberat 5 kg. ya Allah. dngr cerita kak Ros rasa mcm seram sgt. Kak Ros juga bercerita, beliau dulu da berkemungkinan x leh sihat balik dah. Tp kuasa Allah, kak Ros kembali sihat lepas pembedahan buang cyst tersebut. 

Allah, banyak sangat ujian yang Kakak ni hadapi, pernah suaminya dulu terlalai dr jalan Allah, tidak dikurniakan cahaya mata, admitted to hospital many times dan banyak lagi, namun, Kak Ros hadapi dengan tabah sangat, dengan pertolongan Allah. Beliau ceritakan macam mana pergantungan kita pada Allah dan macam mana kita kena percaya dan meminta daripada Allah itu. Doa. Kuasa doa. Beliau ceritakan pergantungan beliau suami isteri apabila beliau kat hospital. Suami kak ros x putus-putus buat solat hajat dan sebagainya. 

Tapi sekarang, suami beliau? ketika kami bertandang ke rumah beliau, suami beliau tgh practice men drum, buat pengetahuan pembaca suami beliau ahli muzik, menyertai band dan juga selalu membuat pertunjukan. Namun, apabila kedengaran azan asar daripada henfon Kak Ros, saya dapati bunyi drum td sudah berhenti. dan tidak lama selepas itu, kelihatan suami beliau sudah siap sedia berbaju melayu berkain pelikat untuk ke masjid bersolat asar. Masyaallah. subhanallah. Maha Suci Allah. 

Kak Ros pesan pada kami, kalo dah ada yang berpunya selesaikan cepat2 majlis nya, kalo belum ada cari la...keh3x.. tp apa yang Kak Ros highlightkan bukan la yang kita dok couple sekarang ni pasti jadi pasangan kita. So, x payah la nk beria-ia sangat kalo couple pon kan. beliau juga dulu couple ngan orang lain, tapi ada satu kisah apabila kak Ros dan couple nye dulu tu nk lintas jalan tapi si lelaki tu takut-takut plak. Kata Kak Ros dalam hati, " lelaki macam ni kah yang nak bimbing ak, yang nak jadi pasangan ak kelak?". 

dan suami beliau sekarang bukanlah orang yang beliau couple dulu tetapi seorang lelaki yang mana x de la berpelajaran sampai ke universiti, orang yang beliau jumpa bilamana turun naik tangga waktu menetap di rumah flat. hmmm. tngok jodoh tu Allah dah tetapkan. 

lama kami berbual-bual mendengar cerita, sejarah, teladan daripada Kak Ros. banyak yang kami pelajari. tu la, Islam is the way of life. Allah suruh kita berziarah orang yang sakit, supaya kita juga ingat mati, ingat bukan kita akan senantiasa sihat atas dunia ni. dan supaya kita menghargai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan pada kita. jika kita diuji Allah, itu sudah Allah tetapkan mengikut kesusaian dan kebolehan diri kita. dan apabila kita rasa kita telah diuji teruk oleh Allah, Ingatlah pasti ada lagi yang lebih teruk daripada kita. 

********************************************************

p/s : TQ Allah for this opportunity. 

Health tips (Ramadhan Special) 1433 H #2

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



Tips 2 : Stay away from fried foods/fast foods 

They will only create havoc in ur digestive system. These foods will force the stomach to release numerous enzymes and will take a longer time for digestion. Heartburn and diarrhea are common symptoms associated with fried foods. 

Kalau fried foods tidak dpt dielakkan, cuba tukar jenis minyak yang anda gunakan ie avoid palm oil, try olive oil, canola oil and sunflower oil. it will not only improve your skin texture, but also friendly to ur blood vessels as well.

**************************************************

ok. no more fried foods / fast foods during Ramadhan. (kehkehkeh nk jugak lepas ni makan fast food)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...