ziarah Kak Ros

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

subhanallah ya Allah. kelmarin ak berkesempatan ikut kawan ak melawat guru sekolahnya a.k.a rakan sejawatannya yang baru je keluar dr hospital sebab sakit, demam n collapse. sejarahnya Kak Ros ni memang pernah kena operate sebab ada cyst dalam rahim dan ketumbuhan tu da seberat 5 kg. ya Allah. dngr cerita kak Ros rasa mcm seram sgt. Kak Ros juga bercerita, beliau dulu da berkemungkinan x leh sihat balik dah. Tp kuasa Allah, kak Ros kembali sihat lepas pembedahan buang cyst tersebut. 

Allah, banyak sangat ujian yang Kakak ni hadapi, pernah suaminya dulu terlalai dr jalan Allah, tidak dikurniakan cahaya mata, admitted to hospital many times dan banyak lagi, namun, Kak Ros hadapi dengan tabah sangat, dengan pertolongan Allah. Beliau ceritakan macam mana pergantungan kita pada Allah dan macam mana kita kena percaya dan meminta daripada Allah itu. Doa. Kuasa doa. Beliau ceritakan pergantungan beliau suami isteri apabila beliau kat hospital. Suami kak ros x putus-putus buat solat hajat dan sebagainya. 

Tapi sekarang, suami beliau? ketika kami bertandang ke rumah beliau, suami beliau tgh practice men drum, buat pengetahuan pembaca suami beliau ahli muzik, menyertai band dan juga selalu membuat pertunjukan. Namun, apabila kedengaran azan asar daripada henfon Kak Ros, saya dapati bunyi drum td sudah berhenti. dan tidak lama selepas itu, kelihatan suami beliau sudah siap sedia berbaju melayu berkain pelikat untuk ke masjid bersolat asar. Masyaallah. subhanallah. Maha Suci Allah. 

Kak Ros pesan pada kami, kalo dah ada yang berpunya selesaikan cepat2 majlis nya, kalo belum ada cari la...keh3x.. tp apa yang Kak Ros highlightkan bukan la yang kita dok couple sekarang ni pasti jadi pasangan kita. So, x payah la nk beria-ia sangat kalo couple pon kan. beliau juga dulu couple ngan orang lain, tapi ada satu kisah apabila kak Ros dan couple nye dulu tu nk lintas jalan tapi si lelaki tu takut-takut plak. Kata Kak Ros dalam hati, " lelaki macam ni kah yang nak bimbing ak, yang nak jadi pasangan ak kelak?". 

dan suami beliau sekarang bukanlah orang yang beliau couple dulu tetapi seorang lelaki yang mana x de la berpelajaran sampai ke universiti, orang yang beliau jumpa bilamana turun naik tangga waktu menetap di rumah flat. hmmm. tngok jodoh tu Allah dah tetapkan. 

lama kami berbual-bual mendengar cerita, sejarah, teladan daripada Kak Ros. banyak yang kami pelajari. tu la, Islam is the way of life. Allah suruh kita berziarah orang yang sakit, supaya kita juga ingat mati, ingat bukan kita akan senantiasa sihat atas dunia ni. dan supaya kita menghargai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan pada kita. jika kita diuji Allah, itu sudah Allah tetapkan mengikut kesusaian dan kebolehan diri kita. dan apabila kita rasa kita telah diuji teruk oleh Allah, Ingatlah pasti ada lagi yang lebih teruk daripada kita. 

********************************************************

p/s : TQ Allah for this opportunity. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...