Cikgu x berkenan satu benda ja.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Hmm. Cikgu ni nak menulis ni fikir banyak kali la jugak. Bukan cikgu suka hati je nak tulis ni tapi tergerak hati cikgu nak menegur adik-adik, anak-anak cikgu sekalian. Upss (mcm serius je kan?)

Ye la, apabila kita nk tegur orang, mesti baik pnya kena serius dan dan dan ape yer? entah la.

Ok, cikgu start. semua antara kita (hampa student and cikgu2 la) semua ada facebook kan. facebook medan terhangat buat masa ini. Untuk mengeratkan silaturahim,meluahkan kerinduan krn lama x berjumpa,share maklumat-maklumat dan sebagainya. Tapi sekarang ni, what i've seen ramai da orang terutamanya student2 cikgu yang baru Form 2 dah menggunakan Facebook sebagai medan untuk bercinta. Ye x?

Mungkin itu pilihan sendiri. tapi bagi cikgu, kamu semua baru je nak meniti dunia remaja. xpayah la nak bercinta dan menunjukkan sangat percintaan anda tu kat semua orang. kadang-kadang ayat-ayat jiwang kamu semua buat orang lain menyampah. Fine, orang lain pon bercinta jugak tapi x de la nak menunjuk sangat. sebab tu baru bercinta anak-anak adik-adik yang cikgu sayang. bercinta ni tambah-tambah lagi baru form 2 ni, x kekal lama.perjalanan hidup kamu panjanggg lagi. masuk u, jumpa orang lain lagi. 

panggilan untuk si dia. kalo betol sgt kamu nak bercinta go on. nak panggil si dia watever pon papa mama, syg abg, cntik buruk, wangi busuk, watever la go on. tapi please don't show that on the facebook.

another thing, as a man, kalo kamu nak bercinta pon bercita-cita nk buat seseorang perempuan tu sebagai isteri pon, please choose the one who at least bertudung. but in my opinion. biarlah. at this age, xpayah dulu nk bercinta couple bagai.

mungkin lepas ini cikgu akan dikecam hebat.suka hati kami la nak bercinta bagai nak rak ke ape. nak berkasihan di facebook atau dimana-mana saja.cikgu ape kisah. cikgu ni msti xde pakwe kan sbb tu la dok sebok nak tegur org macam-macam. tak. bukan. bukan cg sebok nk kalut pasai ni sbb cikgu xde pakwe. Tapi cikgu rasa tanggungjawab untuk memberitahu kamu semua. kamu semua x sepatutnye bercinta begini dengan kadar umur sekarang ni.

cikgu x pandai nak menulis menyusun ayat supaya penulisan ini nampak gah.mungkin ada yang x memahami apa yang ingin cikgu sampaikan.but, for last word, jangan terlalu percayakan cinta monyet anda anak-anak didikku sekalian. 



p/s : maaf jika penulisan ini mengguris perasaan sesiapa. (errr da bunyi mcm serius sgt da ni) nak menitis air mata (Eh, tetiba!)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...