=khas utk bakal pendidik UPSI=


assalamualaikum teman~~

Pelajar UPSI belum tentu jadi guru?

JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.
Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.
UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.
Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.
Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?
Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.
UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.
Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.
Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.
Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.
Untuk mengubat hati,UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.
Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihan terbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.

Tanjung Malim, Perak">



 bakal2 cg cikgi...

=buurrpp=

assalamualaikum teman~~


buurrppp....

errrkkk....

hheerrrkk...

huusshhh..

sume sound2 yg x senonoh terkeluar dr mulutku

krn kekenyangan makan..

berbuka puasa bersama ummi..

minum air pom bercawan2...

jus kurma,radix cola..pepsi...n x lupa air masak

sungguh x senonoh....

nauzubillah.....xmau dah lagu ni..

kalo puasa turun 1 kilo..

lps buka puasa naik 2 kilo...

nafsu2x.....nafsu mkn...

lenkali jgn ulang kagi perbuatan mcm ni ye..
xbaik....xtercapai makna nye kita berpuasa....

ilalliqai' ma'a salamah...

=sekali lagi psl KAHWIN=

assalamualaikum teman~~

hahahahha.....lawak x title entry ak kali ni???? 
http://www.emocutez.com
sekali lagi pasal kawen??
ada x yg nk tnya,ain najwa ni knape??
asyik post psl kawen je...xsabar nk kawen ke...
sbb bnda ni wat i tergelak hati..
ase mcm nk post dlm blog je..ahahhaa.....xpe2x...ni kan blog i yg punya...
org2 yg x suka xley marah la...hik3x..
jom jom....stop merapu..nk story nih..
http://www.emocutez.com
ekekkeke....

pg td amik sakinah umah pengasuh..
jumpa ngan 'mok mek'..
penghuni kg semut api gak..
dok tepi umah pengasuh sakinah tu la...
dye tnya ak,kakak berapa tahun lagi blaja...
ak jwb dgn sopan sntun lah ni..
"3 tahun"...
ekekkekee...
beliau pom start la mengeluarkan hujah2 pendapat..
lama nye lagi nk abes...
dlm pikiran ak..ish,3 tahun tu kejap je asenye..
tmbah2 ag dgn perjalanan waktu skrg nih..
budak2 sekarang ni...besar kt tmpt blaja je.
tiba2 ayat ni terkeluar dr bicara 'mok mek'
kakak,kalo ada teman dlm masa 3 tahun ni kawen2 la dulu...
haiihhh.....ahahhahah....terkezut beruk kot..
masyaallah....
ayyooo....tu la kan...org tua2 msti ingt kita ni x mcm org dulu2
ye la..org dulu2 umor 18,19
msti da kawen..da ada ank..
hmmm...ntah...
aigoo....no komen lah...
dlm umur ku sebegini,da ramai yg bertanya..
walaupun sekadar sindiran...
yg penting skrg ni ak nk blaja dulu..
xpk pom calon2 ni...
last but not least---------
tatau nk ckp pe...i tersenyum je...
papai
http://www.emocutez.com

=jalan menuju Allah=

assalamualaikum teman~~

Ak impikan diriku
Yg sentiasa ghairah bertasbih 
Mengadu rindu kepada Nya
Mengasihi Nya sepenuh jiwa 
dan raga 
Mencintai Nya sekuat hati

Ak impikan diriku 
Yang sentiasa mengalirkan 
air mata 
Akibat rindunya ak kepada 
penciptaku
Akibat malunya ak kerana sering 
berbuat maksiat
Akibat segannya ak kerana 
sering menipu 
Kecintaan ku kepada Nya 

Ak impikan diriku 
Yang hatinya sentiasa bergetar 
Apabila nama Tuhanku disebut 
Jantungku berdegup kencang 
Bila disebut azab Nya 
Tetapi tenang semula 
Bila dicerita kasih sayang Nya 
yang Maha Luas

Ak impikan diriku 
Yang setiap detik mengingati Nya 
Akan nikmatnya yang tidak terhingga 
Kerana ak tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi

Ak impikan diriku 
Yang sentiasa bertawakal pada Nya 
Yang Maha Mengetahui apa yang 
terbaik buatku
Maha Suci dari menzalimiku 
Kerana Dia penciptaku 
Yang penuh dengan kecintaan 
kepada makhluknya...

=pendidik cabuk=

assalamualaikum teman~~


http://www.emocutez.com



ok..mlm ni nk post stu bnda nih...sbb tngh2 sengal dok buat keje2 yg cg2 patot buat...ak pom terasa nk post lah kt cni...[blogku yg terlawa di hati ku ini]..ahakkkzzzz..da mula merapu sbb mlm telah tiba...pg sdg merangkak..ak ngah meniarap..ahahhaa....ape ak buat????

ngah melayan intnt nk ic kedatangan kls nih.kls abah ak...ic intnt nah??ye la...skolah bestari la katakan..sume nye kna ic ikot intnt..skolah bestari ni dyorang menggunakan sistem pengurusan pelajar..yg mn sume bnda nk kna ic on9...on9...on9..kalo cg2 yg malas n x brape ber'it' tu..mmg mls la nk wat sume nih...persoalan nye??abah ak mls ke???eh eh..x lah..abah ak cuma guna kesempatan keringat ank2 yg sdg menanam anggur dirumah jek..ahhaha..ank solehah back up abahnye..ehehheh...bnda ni x de la terok sgt cuma bila line intnt jd sengal,ngan ak2 pom akn sengal sekali..

http://www.emocutez.com

kalo intnt laju mcm jet rocket x pa la...nih hampeh...kdg2 je ok...masyaAllah...ain najwa...bersyukur lah anda dgn segala nikmat kurnian Nya ini....muhasabah diri jap....sbb parents ak ni dua2 cg..pendidik..ak pom nk jd pendidik jgk la...yg beza nye bidang yg kami amik..ak bio..umi n abah pai...tp ttp sama jgk..PENDIDIK...
ckp lg psl pendidik ni..bnyk da keje yg ak da biasa buat bila time ak cuti nih...kira2 nya keje smpingan msa menganggur la...masukkan markah..tanda paper..yg ni pom sgt menguji keimanan ku..sbb kalo kls yg umi ajar,skolah x berapa pandai,ya Allah...jwpn kdg2 x de..kita lak akan kesian ngan dyorg...malah salin soalan saje pom ada...ada jgk tulisan2 yg lgsung kita xpaham..betapa teruk nye tulisan..bukan kata tulisan jawi ni...tulisan rumi....sbb kt skolah ni,plajar2 dye tu adalah tmpat terakhir yg org akn msuk kt pasir puteh..kalo x bley msuk skolah lain,skolah ni la tempat dye buang..[nama sekolah terpaksa ak rahsiakan ye] nggeee~~~

kdg2 ak menjadi pendengar setia umi n abah...parents ak selalu akn cite pe yg berlaku n fenomena2 kt skolah..ada yg lawak n smpai ku x tahan nk gelak..ada yg patot dijadikan pengajaran...

aduhai..jam da menunjukkan 2:36 am..ak masih di sini...ak pom terasa gak nk tdo wahai bloggers sekalian...
td hanya singgah meluahkan pe saje yg terasa nk curah n luahkan..n blog is the best place i guess....ok dude...
setakat ini sahaja cg nk ckp mlm nni...lenkali cg cite bnda lain lak ye....cg nngantok da ni....


uppsss...b4 tu,ape kena mengena tajuk entry ni 'pendidik cabuk' ngan ak???ak kah watak itu???ahahha..ape2 je lah...yg penting 'ain x kisah'...ada mcm aiman x kisah x???hik3x....tepuk dada tnya hati...tepuk dada tnya iman..tepuk dada sakit lah!!!!!


http://www.emocutez.com
nunite all my dear~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...