Demam? Panadol? KK ? ActiFast ? Panadol soluble? biasa kan..sape2 pon akan ambik benda2 ni. termasuk lah aku dulu kala. tapi skrg, kalo boleh memang aku akan elakkan ambil sebarang jenis ubat-ubatan begini lepas ak baca buku Rasulullah is my Doctor.
lagipon dulu memang ak x gemar ubatan jenis panadol ni terutamanya "soluble". Aku pernah minum panadol soluble lepas disuruh oleh sorg member ni. tp minum je sekali teguk terus muntah. huhu. tekak x leh terima.
Source : google image
dalam buku Rasulullah is my Doctor, terdapat beberapa hadith2 shahih yang diutarakan oleh penulis. contohnya:
Direkodkan oleh Rafi bin Khadij, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. berkata "Demam adalah daripada panas api neraka, maka redakan demam dengan air."
(Shahih Bukhari - Bilangan 7, Buku 71, Nombor Hadith 622)
Direkodkan oleh Nafi' daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w berkata, "Demam adalah daripada panas api neraka, maka redakan ia dengan air". Nafi' menambah, 'Abdullah berkata, "Ya Allah, bebaskan kami daripada hukuman,"(ketika dia menderita demam).
(Shahih Bukhari-bilangan 7, buku 71, nombor hadith 619)
kedua-dua hadith ni tidak bertentangan dengan akal manusia. sekiranya ada api, tentu saja kita kena guna air bagi memadamkan api tersebut. dengan kata lain, kalau demam, beberapa cara untuk meredakan demam adalah dengan :
1) minum banyak air
2) gunakan tuala yang basah dan lap keseluruh badan untuk mengurangkan demam
anda tahu?
demam adalah cara tubuh kita bereaksi bagi menyembuhkan diri. masa kita demam, pembuluh-pembuluh darah yang tersumbat menjadi terbuka dan menghancurkan racun-racun yang padat supaya menjadi cair. dengan cara tu, racun-racun dpt dikeluarkan daripada tubuh dengan mudah.
c, betapa hebat ape yang Allah cipta untuk kita. segala proses tubuh badan, segala ape yang berlaku, semua nya mmpunyai sbb dan asbab. x perlulah kita merungut. apa2 pon, kita hendaklah kembali pd Allah. tu je.
#Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment