Allah, the First

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh




So? why not? 
jom. Dahulukan Allah drpd segalanya. 
InsyaAllah 

#Moga Allah Redha

pujian

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

AWAS, pujian lelaki ada makna tersirat.

what happen, last week ada la ak terdengar seorang lelaki memuji seorang perempuan yang langsung not related to both. maksud ak pompuan tu bukan muhrim dye. laki tu pulak ala-ala orang asing je untuk mereka berdua. jadi, otak aku mula mencerna.

what is this. perlu ke nak puji someone not related to you macam tu skali. pujian tu berbunyi macam, eh, si B ni cantik jugak la bila tngok depan-depan. mesti ada kan orang suka dipuji mcm tu. but some people are not. mcm aku. 

ikhlas dari hati? entah. 

sebab tu ak mcm terfikir-fikir je. then, Allah nak tunjuk. ak belek2 majalah Mingguan Wanita BIL 1581 Bertarikh 7-13 March 2014, page 126 dalam slot Dunia Lelaki, bertajuk AWAS, pujian lelaki ada makna tersirat.

terdapat 7 jenis pujian lelaki.

1) Pujian Biasa - pujian yang paling selamat buat gadis-gadis. tidak keterlaluan bg lelaki itu untuk menarik perhatian gadis. contohnya "Cantiknya baju awak". 

2) Pujian Romantis - pujian seperti ni selalunya ditiru daripada laman-laman ungkapan cinta mahupun skrip drama romantis. digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis di luar sana. bakal membuatkan gadis-gadis terawang-awang di udaa. c0ntohnya "awak adalah gadis pertama yang paling cantik dan memikat hati saya". 

3) Pujian Nafsu - Pujian ini tercetus drpd nafsu si lelaki saat memerhatikan gadis tu. contohnya "Wah cntiknya awak hari ni. Kelihatan sgt hot". huhu percayalah waktu lelaki tu memuji anda si gadis, mereka sebenarnya telah menatap keseluruhan tubuh badan gadis berkenaan. 

4) Pujian tidak Bertapis - Pujian seperti ini dikaitkan dengan pujian berbentuk seksual terhadap fizikal seseorang gadis itu. 

5) Pujian Perangkap - pujian ini ada kaitan dengan pujian nafsu dan selalunya gadis akan dipuji dengan ayat-ayat manis. bila gadis dilihat sudah cair dengan pujian ayat-ayat manis, lama kelamaan timbul ayat berbaur perangkap. contoh pujian "Awak sgt cantik kalau tidak bertudung". Jika lelaki melemparkan pujian cenggini, dan mereka sedang berdua-duaan di tempat sunyi. tidak mustahil, perkara tidak baik akan berlaku antara mereka. Jadi, si gadis bertindaklah dengan bijaksana. 

6) Pujian jaga hati - Pujian ni x akan berlaku dengan sendirinya, kerana ia akan terjadi apabila menjawab pertanyaan si gadis, contohnya "Saya ni nampak macam dah gemuklah". kata si gadis. jadi, si lelaki akan membalas "Perasaan awak je tu, saya nampak biasa je". ni ala-ala jawapan kalau lelaki tu x nak layan la... haha

7) Pujian ikhlas - Pujian paling susah utk ditafsirkan kecuali lelaki tu sendiri yang tahu keikhlasannya tu. atau lelaki tu pon x tau ikhlas ke x kan. haha. ikhlas tu kan ibarat semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap. pujian ini hanya boleh dilihat menerusi gerakan mata dan bibir si lelaki. tp susah la nak detect sbb lelaki yang betul-betul beriman, tidak mungkin mereka gemar memuji gadis lain selain isteri dan muhrim mereka. 

Jadi, peringatan untuk diri sendiri terutamanya dan semua, jangan terlalu mempercayai setiap pujian yang dilemparkan oleh seseorang lelaki. 



#Moga Bermanfaat. 



Tahajjud

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh





it's true. indeed true. 1001% true. 

kalau u ols x percaya, boleh cuba. cuba sekali anda pasti ingin lagi. 

jom sama-sama sahut cabaran =) 

i'm officially ....

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

entry tertunda selama beberapa bulan. bila belek draft eh ada lagi entry ni belom post lagi. hahaha. 

i'm officially graduated from Upsi with the degree holder.

i'm officially menganggur secara terhormat.

 2/seminggu awal aku dah pergi untuk ambik jubah. actually boleh je kirim kat kawan yang duduk area sana kan. tapi the truth is aku memang berhasrat berhajat utk ke sana lama dah sebab ini lah masanya utk berjumpa rakan-rakan. 



.................................................

entry bersambung apabila aku rajin lagi nak melayan okeh... 





berbisnes

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

minggu lepas ak dok promote2 kat adik2 aku yg dok Unibersiti.ak suruh dyorang semua buat la bisnes kecil-kecilan. lama-lama boleh jadi kaya. boleh sponsor kakak u ols ni nak kawen kan. haha merapu. 

nak dijadikan cerita masa tu ak tgh seronok la promote kat adik aku yang dok USIM sekarang tu. yang lelaki tgh buat degree. dan adik ak yang ni dulu satu sekolah ngan aku kat BRAIN doludolu. dye masuk form 1 aku masuk form 4 same year. 

skali tgh2 ak bgtau dye kebaikan berbisnes ni (haha bukan main kan). tetiba dye menyampuk ak cakap yang buat ak sentap doo.hahaha

"hek eleh kakak, dulu masa ore form 1, ore tolong saeng jual kepok pon, nyoh nangis. x se wi ore jjual." 
"sedih sgt ore x cukup make sapa kena jjual, pdhl ore tulong saeng jah". 

dye gelak kuat woooo....

dah besor panjang dah adik aku ni oii..dan tok we called Chek yg super duper osem!

pang. hahaha. eh ada ke? baru la ak godek2 dalam memory lama ak. godek dalam hard disk komputer dalam brain ni. ada la zaman dulu kala tu..ak x leh wey tngok adik2 ak susah2 kecik2 dulu..ak jadi sedih sbb tu ak x smpai hati tngok adik ak menjual. haha. sekarang ak pulak yang paksa2 dye berbisnes. skrg ak x kesian dah eh? haha. pandai2 la nak hidup dik oii..


#Untung woo sape jadi adik aku kan. hahahha :P 


If organelles could talk :P

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

if organelles could talk. Haha. Lol. 




kebergantungan

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


tiba-tiba je ak teringat kisah masa belajar. degree dulu. nak balik kampung dr Tanjung Malim. that time ak bawak kereta sebab x silap aku masa tu lepas je habis praktikum. praktikum di Taiping. ak balik Tanjung Malim dulu untuk hantar Hilda (bestie yg dok Sarawak) dan hantar barang2 ke rumah sewa, since lepas tu ak akan still ke Tanjung Malim untuk semester akhir. 

masa tu, kenderaan 4 roda yang ak bawak adalah si kancil hijau. balik ke Tanjung Malim xde masalah sebab balik dengan Hilda, then, nak balik kampung pulak, xde org yg available nk balik sekali buat peneman drive kan..dan fyi, perjalanan dari Tanjung Malim ke Kota Bharu memakan 8 jam lebih kurang depend on berapa laju anda drive. 

dan ini kali pertama ak drive dr Tanjung Malim ---> Kota Bharu. dan juga kali pertama bersendirian. 

bermacam-macam bermain di fikiran aku ni. what if this happen, what if that happen.....serius ak habaq ni. memang kecut jugak la perut nk balik sensorang tetambah lagi lalu kat Grik yg atas bukit tu. it takes plus minus 2 hour dok atas tu saje wey..

apa yg ak nk stresskan kat sini adalah, ak ingat lagi masa tu ak berserah bulat2 pada Allah. kebergantungan ak 1001% pada Allah. 

dalam perjalanan tengah drive mmg ak sentiasa ingatkan diri ak. Allah jaga ak. Allah tolong. Hanya Allah. xde yang lain. Fokus dan berzikir. ak baca ayat2 suci Al-Quran yang ingat. 

dan ketika aku di atas bukit Grik tu, xde kereta lain. ak risau. kang keta ttiba wat hal. kang ttiba ada lanun atas jalan. Subhanallah waktu tu mmg hati ni hanya mintak pada Allah. Ya Allah, permudahkan perjalanan ak. Jauhkan ak dari segala bahaya. 

tetiba tengah drive tu, ada satu kereta ak rasa lega. Alhamdulillah. tp, kelihatan 2 pemuda yg tgh melalak2 dok pandang ak sambil2 dok cakap pe tah. Ya Allah, Allah je tau perasaan masa tu. Ak sebut Allah Allah Allah je sepanjang tu. takut punya pasal kan. tp Alhamdulillah nothing happen. 

dan ALhamdulillah Ya Allah...dengan pergantungan 100% pada Allah, ak selamat sampai Kota Bharu dengan selamat. 

begitu lah ceritanya, ak selalu ingatkan diri aku supaya pergantungan hanya pada ALlah. jangan sesekali mintak tolong dr jin ke dr ape2 benda lain. sebab kita ada Allah. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. 

Amin. InsyaAllah moga bermanfaat. Moga boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk semua. 



relax

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



ak relax.
ak suka relax sampai terlepas beberapa peluang.
apabila org bercakap2 baru ak ingat balik.
La haihhh kenapa ak lupa nk isi borang tu.
kenapa ak lupa nak apply benda tu.
kenapa ak senang je lepaskan peluang depan mata,
kenapa ak x nak berusaha sikit untuk grab peluang tersebut.

Astaghfirullah. 

bukan rezeki kot? 
Jawapan cliche sangat. 

mungkin orang lain lebih memerlukan?
aku pon rasa aku perlu jugak. 

Dah x usaha, mana nak dapat. ingat semua rezeki datang bergolek ke? 
Hmm. ye, mungkin ada benarnya tu. 
tapi....

hah. xde tapi-tapi. tapi-tapi tu usaha aku buat alasan la tu. 

Allah. 

get up. 

stand by. 

i'll never let any chances to miss again. 

ini bukan masa untuk terlalu RELAX lagi. 

InsyaAllah. Moga Allah redha. 




berubah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh





#silent. #heart #deep
#kembali #fitrah

Jodoh, Maut ......

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


hakhak. random ookehh.. nnti ada org ckp ak ni asyik pikir pasal berjodoh jek? hahhaa.. ok actually ak post entry kali ni sbb ak suka words kat bwh ni..dan gmbr sin chan dengan sun tu. hehehe. so true indeed right. 




bila nak kawen? jodoh itu urusan Allah. Allah yg tentukan. tiba masa insyaallah berjodoh la setiap yg 'single' itu. 

ada org tanya 'bila mati' ? xde kan. Jodoh maut ketentuan Allah. cuba la skali tanya org "bila tarikh mati" awak? pheww kompem kena pandang sinis japg. 

tapi, jodoh dan maut itu dua perkara yang x jauh kan. Dua-dua Allah yang tentukan. dua-dua dirahsiakan tarikhnya. mana kita nk tau bila the right person (jodoh) akan dtg pada kita. dan bila malaikat maut dtg mencabut nyawa kita pon xde sapa yg tahu. even seseorang tu sakit tenat, kita masih x tahu bila waktu maut nya. ada yg sakit tenat laaaamaaa baru meninggal dan ada yg langsung x sakit meninggal. kan kan?

yg penting sentiasalah bersiap siaga utk menghadapi hari2 tersebut. sama da hari berjodoh (bertemu jodoh) dan hari serta saat kematian kita. 

insyaallah. moga perkongsian ini diberkati Allah. 

#PrayForMH370. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...