Book review - Murtad (FIXI)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Puas. itu kata hati aku. Aku puas dengan MURTAD. Kali ni memang aku puas. memuaskan. Tahniah penulis. aku suka banyak benda dalam Murtad ni. Ha...nampak x betapa aku puas hati nyer? Hahahaha

1) Watak dye, Si Kembar Akhil dan Adam. Ohhh.Melting.
2) Bahasa yang digunakan. Loghat kedah. Aku suka. aku memang jenis yang suka blaja loghat2 negeri lain. :P
3) Its related to the deen. ada berkaitan agama. Ya, bila aku baca, ada jugak masa nak ingat akhirat kan.
4) Aksi. aku suka aksi lebih dari novel cintan cintun. tapi baca jugak cintun pnyer.

at first impression aku, aish tebal compared to Mangsa, Licik. so, malas la nak baca lagi. aku simpan yang ni untuk dibaca bila aku dah ada kat rumah. bukan masa aku kat Tg malim dengan sibuk2 nak p lab semua. x boleh fokus. Hahahhaa.


kejam kah atau patut kah dengan hukuman bunuh sebab murtad? 

melibatkan agama kot. so, apa2 hal, baca la dulu. sure u ols enjoy! 

Ouucchh teringin nak baca sekali lagi la MURTAD ni. mcm banyak je masa aku ni kan. 

Hot Spring Felda residence Sg Klah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh











fee? nak masuk cni org tua, eh eh org muda mcm aku ke atas RM12, budak-budak kecik RM10 kot x silap aku. 

scenery tmpt ni refreshing la jugak. banyak pokok. rasa tenang. 

tempat makan ok la. ada beberapa cafe. harga? biasa la.kalau kat dalam ni tinggi la sikit harga makanan tp xde la sampai mencekik darah korang.Heeeee. kami pon ari tu makan nasik lemak kukuk ayam goreng.

sapa yang datang tanjung malim, untuk bercuti, datang la cni. aku pergi 2 kali dah sejak aku dok UPSI. first time pergi dengan PakCik aku yang dok Rawang tu, 2nd time bawak kawan aku yang datang Tg Malim. Hajat-hajat lepas ni boleh p sekali lagi dengan geng-geng biologist batch aku. 


k bai. serius x larat skrg ni. sobsob. 

Julap dan Gulab Jamun

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

" Weyh kawan-kawan, esok kelas kitchen kami kena masak julap". 

Bunyi cengkerik............................................................................

julap? korang kenal julap? julap tu makanan ke? 

"Eh, masak julap? kenapa korang kena masak julap".

"Eh, julap tu bukan orang buat cuci perut nak suruh mudah buang air besar ke?". 

orang ambik julap sebab nak bagi senang buang air besar, sebabnya mereka kurang pengambilan fiber dan serat dalam makanan yg mana fiber dan serat ni sangat membantu utk membantu sistem pencernaan kita =) 
Macam-macam jenis ubat julap kat muka bumi ni. termasuk la yg ada medical qualification atau yg org2 tua pnya petua. 



"Eh, dahtu korang kena masak ape? ka benda tu gulab jamun?". 

"Yeah, gulab jamun". indian traditional dessert. rasanya manis. direndam di dalam air gula. 

sumber : google yang baik hati. Eh. 


sekian, terima kasih =) 

Program Transformasi Makmal Bitara

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Transformasi sangat kan. dah macam bertukar!! dari manusia biasa menjadi ultraman taro! melawan raksasa yang dtg ke bumi. Hah. da mula merapu. awal2 pon da start merapu. merapu nak, update blog nak, tapi thesis x siap. (ok sentap sendiri). 

ujung minggu lepas we ols, Rasians yang berapa kerat ni dah ke SK Methodist Tg Malim. mentransformasikan makmal sekolah ini menjadi lebih ceria. start from last year yang mana kami mula dengan mencari penajaan dan alhamdulillah dapat jugak la rezeki untuk sekolah ini. dapat la beli beberapa keperluan yang diperlukan oleh sekolah methodist ni. contohnya rel langsir, cerek elektrik, tikar getah balut meja, buku rujukan, cd pembelajaran dan lain2 abm lagi. 

dan as usual bagi setiap program yang aku sertai, the best part dan moment yang paling mahal adalah ukhuwah yang terjalin. subhanallah suka sangat. 



sebelum penambahan barangan baru dalam makmal dan pembersihan makmal





selepas ...






Ok tu la...alkisahnya aku malas nak edit gmbr2 ini semua. so the team as below. yg ni paling penting ni.. di samping ajk2 penajaan yang telah bertungkus lumus minta sumbangan sana sini kan. 




ok. jadi utk sape2 yg nak buat program kerja amal yang mcm ni, boleh la cuba-cuba. mintak penajaan dengan adun kawasan, syarikat2 yang menjual barangan makmal dan sebagainya. even nak mintak derma drpd ibubapa pelajar pon boleh. xde msalah. 

#SweetMoment #Rasians #Kepoh #Senior #Junior. 

#Eh, belog aku da mcm blog Rasmi kelab Rakan Alam Sekitar ke? Mcm buat laporan di akhir program. =) 

Saham akhirat. Murid guna lab, duduk atas kerusi yang anda paku, guna meja yg anda balut pelapik, berteduh dr kepanasan dgn rel langsir yang anda pasang, guna aset yg anda hadiahkan pada lab dan sebagainya. semua itu moga beroleh asetnya di akhirat kelak. 

#Antara satu amal yang x terputus pahalanya ialah sedekah jariah. InsyaAllah. 



tweeter, tweetdeck

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

guys, cemana nak nguruskan dan memudahkan penggunaan tweeter anda? Ha di sini ada penyelesaian nyer.. for those yang belom guna tweetdeck lagi....

daripada korang guna twitter, ubah kepada tweetdeck. daripada twitter yang kena buka satu2 utk Home, Connect, Interaction, Tweets, Message and others. dan kadang2 message others pon aku x perasan masa aku guna tweeter ni..tapi when i change to twitter, dengan bantuan Cik Rongok Ika Puk Puk, Ok. 2 gambar di bawah ni menunjukkan twitter (burung biru) dan wall aku...yang mana kat situ la tweet kita dan orang2 lain. in 2 line ke bawah. 





dan this is tweetdeck (burung hitam) cemana nak guna tweetdeck, korang search la kat google. xpon korang boleh cri kat chrome web store. atau klik je link ni. http://tweetdeck.com/ dan korang download la..kalo x nak download pon x pe, sign in je la on the web. but before that, kena sign up dulu. tapi senang je sign up guna je akaun tweeter yang dah ada. so, all the followers kat twitter xkan hilang pon..




so, gambaran tweetdeck tu seakan2 di bawah ni..korang boleh organize sendiri samada nak letak timeline dlu ke kat 1st column, then interactions, tweets, inbox...dan banyak lagi yang korang boleh pilih. 




last but not least, enjoy your tweetdeck. semoga ia membantu. 


the making of thesis

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Bila la nak siap thesis aku ni. Orang da start menulis but my friends and I still in the lab. Errr. i just think of, how to finish all this if perasaan malas tu banyak??? mcm mn nk graduate with the flying colours of result ni?? Haaa tepuk dada tnya iman.

observe the stomata. 

my already done slide. 

sekarang ni, masuk lab kekadang bersemangat.kekadang semangat tu terus terbang dibawa angin yang kencang. kemudian hujan turun. Eh...tapi kan, selalu la mintak dgn Allah supaya permudahkan urusan ini. Buat solat2 sunat. Baca Quran. Baca Al-Mathurat. Kekalkan pergantungan pada Allah tu 100%. 

Ya Allah, aku mohon kekalkan perasaan membuak2 utk belajar. mendalami ilmu Mu Ya Allah. Friends, doakan thesis saya berjalan dengan lancar yer. =) Amin InsyaAllah. Bye. Tke care. 

Bateri kereta tamat tempoh

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Korang kenal battery kereta? Aha...soalan budak darjah 1 kan. kalo sape2 yang x pernah lihat, ni ada gmbr contoh bateri kereta. 

yang ni sebijik macam battery kereta atos yang aku bawak ni. 


nak dijadikan cerita alkisahnya, beberapa hari lepas, aku balik dari kelas dengan gembiranya kemudian atas permintaan rakanku utk beli barang dapur kat kedai aku pon berhenti la..hajat di hati memang x nak turun, nak stay je tnggu dalam kereta. tapi ternampak plak kedai pet. teringat la plak anak2 ikan kat rumah tu xde makanan, asyik mintak sedekah makanan anak ikan Masdiana je. 

dengan jayanya aku terus la ke kedai pet tersebut. park kereta elok2 kemudian masuk kedai. selesai urusan kat kedai tu. aku kembali ke kereta dan cuba untuk start engine. Dang! Dang! Dang! puluh2 kali try xdapat start. 

last sekali x larat nak try da. dengan kepanasan petang yang bahang begitu tinggi darjah suhunya. Hilda kol Farihin, kemudian kol Helmi. Maka datang la mereka ni dengan atul sekali. nak jump bateri dari keta mereka x dapat sbb x de jumper. nk bukak bateri dan cuba masukkan bateri mereka pun x dapat sbb xde spanar. 
last skali terjumpa spanar apa nama tah dalam kereta Farihin. Atul susah2 bukak bateri dan cuba sambungkan dengan bateri kereta Helmi. Alhamdulillah. kereta aku berjaya dihidupkan. 

dengan tiada bateri dalam bonet depan kereta tu, aku pergi beli bateri baru! costing me RM 140. nasib baik Daddy da bank in duit. Allahu Allah. Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah. sejak berkereta ni, banyak benda aku kena consider. nak beli pakaian selalu pon x dapat da la. Hahaha mcm bajet sangat kan. Ok abaikan la. 

So guys, act bateri ni pon dye hanya tahan setahun je. then kena tukar bateri lain. dye pnya power bateri yang perlu untuk menghidupkan enjin kereta ada 1.25 V x silap aku. nampak mcm kecik tapi besar la jugak nilainya tu. nilai tu penting utk menghidupkan enjin kereta kau. dan yang hebatnya ia utk hidupkan enjin je. pastu lepas hidupkan enjin tu kau buang balik bateri, nak balik kampung jauh2 pon boleh, tapi as long as jangan berhenti dan jangan matikan enjin. 



#Dugaan Allah atas hambanya. Terima kasih Allah. 
#Terima kasih buat rakan-rakan yang membantu. x lupa juga yg bertanya dan sebagainya. Aku sangat menghargainya. Terima kasih. 
#Terima kasih yang tidak terhingga buat Umi Abah. I Love u Both. Till jannah..

Jom Terjebak dalam keberkatan Allah!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


sapa nak terjebak dalam keberkatan Allah, jom kita amalkan beberapa amalan yang saya listkan kat bawah ni...Ini hasil program "Step in the LOVE with akhawat Tanjung Malim". Alhamdulillah. Malam tu, kami semua berpakaian purple. menyambung silaturahim dengan akhawat-akhawat yang baru dikenali. dan juga mengukuhkan lagi ukhuwah antara akhawat-akhawat yang dah kenal tp lama x jumpa kan. cerita2 tukar pendapat dan sebagainya. 

Back to the title, cara utk dapat keberkatan Allah antaranya ialah : 

1) Doa selalu ("Ya Allah, bebaskan GAZA, Palestin, daripada serangan Zionis".) 

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan 
umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya” (Hadith riwayat Bukhari)

2) Boikot barang Israel ( McD, Coca-Cola, Loreal, Starbuck ) banyak lagi produk dr sana tp cuba la sikit2 dulu. boikot yang 4 ni pon da bg effect pada mereka. walaupun usaha tu kecil je, tp InsyaAllah Allah tengok semua tu. 

anda boleh refer blog ini utk membaca di sebalik kisahnya. burung kecil padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim

3) Infak (sedekah) penuhkan tabung2 Gaza dan sebagainya. 

4) Jangan ambil hati sangat dengan kawan. 

Sehingga berjumpa lagi. selamat beramal. x susah kan. senang je! =) Allah baik! even usaha kita sebesar biji sawi pun, Allah tetap akan bagi balasan / pahala kepada hambanya. InsyaAllah. 


aku x mengandung

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh



Suatu hari, seorang perempuan anak dara masuk ke bilik air untuk membuang air kecil. Upsss..
ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perempuan ini mengalami haid atau dengan kata lain datang bulan.

tanda-tandanya ialah.

1) sebelum masuk toilet, rasa kurang selesa.
2) sebelum masuk toilet, sakit perut bukan sebab perut kosong. atau bukan sebab nak melepaskan hajat yang besar.
3) dalam toilet, Ohh.. ada darah!

kemudian, slowly si perempuan ini menghampiri rakan2 nya yang berada di luar toilet.

"Guys, aku x mengandung!".

Krek...krek...krek... suasana bertukar dari kepoh berbicara kepada sunyi sepi....seketika semua diam x terkata....

Seorang daripada rakan perempuan ini tersedar daripada lamunan.

"Hoi, memang patut pon kau x mengandung, kau tu bukannya dah kahwin pon. Datang bulan la tu." 


Hahahaha,memang tercabut wayar la mereka-mereka ini. Ups. Merapu tu spontan pon jadi. Yang tension boleh gembira. Yang nak terberak boleh tercirit terus. Eh pengotor plak aku ni. Ok kalo paham cerita ni bagus. kalo x paham pon x pe. Errrrr.... 

K bye. :P 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...