solat hajat + tazkirah motibasi

assalamualaikum. alhamdulillah. syukur kepada Allah krn masih beri kita peluang hirup udara segar, oxygen supaya kita boleh lagi bernafas menjalankan tanggungjawab sbg khalifah di atas muka bumi ini. 

malam jumaat 2 malam yg lepas, RAS dah berjaya buat majlis berbuka puasa dan solat hajat yang pertama untuk sem ni. semua nyer berjalan lancar di bawah kendalian gandingan JUNIORs yunus dan Umi Nabilah. Perfect match.hasil kerja mmg bravo. 

buka puasa 

solat maghrib jemaah

solat hajat 

bacaan yasin
 ( menitis air mata teringat arwah Tok Ayah & kerinduan yang memuncak )

solat isyak berjemaah 

tazkirah motivasi yang ditunggu-tunggu.


intipati tzkirah motivasi yang boleh saya simpulkan di sini ialah :

1. kita sbg ahli sesebuah kelab mesti harus taat kepada KETUA selagi segala arahan yang tidak menyalahi syariat islam. 

2. kelab harus punyai MATLAMAT. apa yang ingin dicapai oleh kelab, matlamat jangka panjang, jangka pendek. dan matlamat itu haruslah jelas sejelas-jelasnye. 

3. seperti setiap individu juga, kelab perlu ada PRINSIP. maknanya, ahli kelab tau apa prinsip kelab kita ni. cth yg diberi : kejar cita-cita datang cinta, kejar cinta hilang cita-cita. betol x? ahaaa..pk pk yer. 

4. kemudian cara, gaya PENGURUSAN pentadbiran organisasi kelab mesti teratur mesti sistematik. jangan biarkan masalah-masalah kecik menjadi besar dan senantiasa menjaga nama baik kelab. juga kena TELUS untuk elakkan kucar-kacirnyer pengurusan kelab serta elakkan tohmahan orang-orang luar kelab. 

5. harus seiring dengan PENCAPAIAN AKADEMIK. sbb kita masuk U ni fokus utama AKADEMIK. kelab persatuan ni semuanya sebagai sampingan untuk kita grab banyak lagi ilmu-ilmu yang x dapat dalam bilik kuliah. so, kalo yg masuk U hanya utk study saje tnpa ilmu lain pon rugi jgk. pandai-pandai la korang bahagikan masa utk semua ni (reflect pada diri sendiri jgk)

6. jaga MARUAH kelab. jangan canang-canangkan kelemahan kelab pada outsider. apa yang kita buat ingat kita akan bawak kepada sang Pencipta kita jgk. so, kalo kita banyak buat jahat x kan itu yang kita nk bawak lepas kita mati nnti. mesti la x kan. so, pendek citenyer, betolkan niat. buat semua benda kerana Allah supaya kita dapat pahala atas semua kerja yang kita buat. Insyaallah. 


slot yassin


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...