cikgu, nak duit raya!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

hari ini, sekolah dilanda virus. virus budak-budak hingusan mintak duit raya.

"Student, kau x tau ke ak cikgu kamu ni x de dpt gaji pon, nk bg duit raya kat kamu? haisshh nk beli tiket balik kampung pon x lepas".

ak jalan je ke mana-mana, ke lab, ke surau, ke library, ke bilik guru, ke kelas. apabila jumpa je dengan students yang ak x ajar.

" cikgu, selamat hari raya!".

apabila jumpa dgn student yang ak ajar kelas mereka.

"cikgu, nk duit raya. selamat ari raya!". smbil hulur tangan tadah tapak tangan siap wooo.

apabila tamat waktu sekolah, 5.30 petang, ak key out, keluar bilik guru utk ke kereta.

"cikgu, nk duit raya! selamat ari raya cikgu".

haisshh. x abeh lagi. dr start sekolah ari ni smpai nk abeh sekolah dah ni. ak pon jawab la jgk buat student2 tersayang.

"Ok, pergi kutip daun, nnti cikgu tulis kat daun bape ringgit kamu nak cikgu bagi kamu". 

speechless. ahaha. mcm ni je la cg dpt jawab kat kamu. datang la beraya umah Ummi Abah cikgu baru kamu dapat duit raya nyer. ahahahha. kan kan.


Btw guys, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. walaupun Ramadhan belom berakhir. 



last day before cuti raya

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


haih...hari ni last day before cuti raya Aidilfitri. kat sekolah macam-macam da jadi. budak-budak ak plak macam-macam perangai ari ni. mula-mula masuk kelas da nampak muka malas nk blaja da. siap ajak borak-borak x payah blaja lagi. 


Ak ?? "students, result exam pom ada yg gagal, dapat rendah, ada hati x mo blaja?", x semena-mena terus paksa depa untuk bincang dan buat correction utk paper sains ujian selaras 2 depa. 


dan ak sempat mengamuk sbb sorg budak yang masuk lambat dalam kelas dan muka innocent langsung. dan juga pemalas. hangin. nasib baik air mata ak x luruh sbb geram sangat. ak tahan je kot. apa la nk jd ngan kamu ni...


done. 


then, keluar je kelas datang sorg student ak jgk, kelas lain, dengan di tangannya ada beg plastik bersama kotak hadiah. katanya, hadiah hari lahir daripada kwn perempuan dr sekolah convent. perghh. siap dengan surat layang lagi. da mcm zaman-zaman dulu kau budak. hahaha. ak pon tumpang sekaki baca surat tu. haishhh. geli. 



"ak rasakan, si budak pompuan ni yang terhegeh-hegeh nk kat si student laki ak ni. berdasarkan cite budak tu la. pompuan ni yg dapatkan no fon, bagi surat plak punya la karat jiwang hangus terbakar pnya ayat. kalah ak yang berumur nak masuk 22 tahun ni. hishh. " malu kaum!


iftar with some of the students. bawak budak-budak ni p bukak puasa. Alhamdullillah. everything under control. macam-macam cerita ak dngr drpd budak-budak ni. dan ak, dalam usaha untuk memahami jiwa pelajar2 ak ni. ak nk dyorg suka pengajaran ak. boleh ingat apa ak ajar, minat, dan dyorg boleh anggap ak bukan sahaja sebagai seorg guru, malah seorg kakak yang boleh kalo nk share any problem. Insyaallah. dengan izin Allah. 

gas @ electrolysis ?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh




soalan exam ujian selaras 2 edwardian form 2.

(d) (i) What is gas produced at positive electrode. 

student answer : Petronas. 

nganga je ak luas-luas. rasa nk gigit je budak ni. rendam dalam air pastu sumbat buku teks dalam mulut buat jadi lauk bukak puasa. ahahahaha. tapi apabila ak cite kat kawan-kawan ak. nah depa gelak satu taman boleh dengar. 

husshh...ni misconception yang paling teruk ni. dan ak pasti kena betulkan balik dalam kelas nnti. insyaallah. kena betulkan budak ni. AA. 

hon kau

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

perkara paling ak benci di jalanan ialah hon. hon kereta.
bukan saja jalanan malah di tepian jalanan.
tidak perlu hon-hon apabila lampu isyarat hijau
kerana si pemandu pasti tahu hijau itu jalan.
kadang-kala ia menjadi satu perkara yang mengjengkelkan ak.

Boleh utk hon, tapi bukan semua tempat ye pemandu.
dan bukan untuk semua situasi.
dan bukan untuk pemandu berlesen L.
kerana anda bukan pemilik serta hakim jalanan.
hon lah pada tujuan yang betul.
bukan kerana anda tiada SABAR.

#hon keretaku x bunyi.kalo x ak juga akan balas hon kau yang x berMORAL itu.

Health tips (Ramadhan Special) 1433 H #4

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh




Tips 4 : Follow the Prophet's Golden Rule of One Third - One third For Foods, One third for Gas and One third for liquid. 

Maksutnya, hadkan makan ketika berbuka..Nabi SAW bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
 



apa kata saya ? : yang ni sangat penting untuk kita praktikkan bagi mengelakkan makan secara berlebih-lebihan. malah, ini juga secara x langsung dapat memberi kesihatan yang baik kepada kita semua. selain daripada itu, jika anda semua perasan, anda boleh bezakan apa akan terjadi apabila anda makan terlalu banyak ketika berbuka compare to apabila anda makan sedikit dan secukupnya shj. apabila teraweh? anda akan mengantuk jika makan banyak. sengguk2 la time solat tu. tapi kalo anda makan sikit je, insyaallah teraweh anda akan lebih khusyuk. (saya da try, anda pon apa lagi? jom la cuba buat experiment ni. =) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...