Open Table?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

korang suka open table? Korang dah biasa open table? korang memang tiap2 minggu atau tiap2 hari open table. Ha. Aku pon suka konsep open table ni. Eh, bukak meja ka? kadang-kadang memang kita dah selalu pon p makan ngan kawan2 cuma x guna word open table. so, sama je la pon kan.. aku memang hantu open table. 



bermula dengan kakak-kakak Senior Ras. 






Kepada adik-adik senior RAS. 







Juga kawan-kawan sahabat handai. 





ni lah aktiviti kami jika ada kelapangan masa. mengeratkan silaturahim sementara semua antara kami ni x terikat kepada ikatan perkahwinan lagi. dan juga sementara menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Universiti yang x lama lagi ni akan berakhir. Allah. Pasti aktiviti ceni akan dirindukan oleh setiap antara kami kan. aku la terutamanya. Huh. Haha. Kalo bab belajar rindu lagi x nanti agaknya? Hahahaha. 







Macam mana ni?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Balik hari tu, aku sempat jumpa sahabat baik aku, Amni. kuar-kuar makan, test kete Mitsubishi Mirage baru beliau. Hahaha. First dye tengok aku.

 "Bakpo gemuk sangat ni?".

"Eh, gemuk ke? aku dah exercise la. tiap2 petang kot.aku rasa ak ada sedikit kurus la.Gane mg tengok aku gemuk lagi ni?".

Kompiden je ak kan..

"Mg kena usaha Ain. dah berdouble chin kot tu".

"Aku dah usaha la ni.

"Mg lepas ni balik UPSI, balik kg mula, kalo x kurus lagi, x hilang lagi double chin, x payah jumpa ak la. Jumpa ak bila dah kurus la.".

"Gulp"."Serius ni?"

"Aku serius la".

Hahahaha.kawan ak sorang ni suka buat Drama. Drama prOPPA Gannam style la tu.. Hahahaha. Ape pun lantak la nak gemuk ke nak kurus ke. tapi yang penting IMAN tu mesti sentiasa gemuk gedempol. Hah. Kan Kan? sape stuju ngan Aku?? Yeah. 




Jadilah Bijak Wahai Anak Muda. (cerita sensasi)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Aku sejenis manusia yg malas nak update2 pasal benda2 politik ni,tp kalau dah berkaitan ngan negeri ak ni,rasa teringin jgak la share status cg kat Matrik ak dulu ni. #Moga kau bijak junior, dalam berkata-kata agar tidak memakan diri kelak. mungkin bukan sekarang, tapi terlepas kah anda di akhirat kelak? FIkirkanlah.

Dialog dgn seorg bekas student kmp 2009/ 2010
Student: ....nak ke Malaysia ni di perintah oleh peliwat dan komunis?
Aku: Astaghfirullah. ...takde bukti jgn fitnah. Mahkamah dh buktikan dia tidak bersalah.
Student : betul cikgu, saya tgk video seks dia....mmg dia.
Aku : Astaghfirullah. ...haram tgk video lucah. Betul atau tidak tetap haram tgk.

Student : saya tgk 2 kali je video tu. Saya liberal la cikgu.
Aku: liberal tu adalah sekular.
Student : itu ckp pas, sibuk dgn hudud, nnti habis tgn kna potong.
Aku : Astaghfirullah. ..hudud tu hukum Allah. Semoga Allah memberi hidayah kpd awak.
Student : Allah dh beri hidayah pon. Kita kenala ikut peredaran zaman. Kalo nik aziz nk sgt hudud tu naper tak buat kt kelantan?
Aku: Islam itu sempurna dan sesuai utk semua zaman. kerajaan pusat yg tak benarkan kelantan laksanakan hudud.
Student : Nik aziz tu dah nyanyuk, sanggup jual agama demi politik. Saya tgk kelantan tu dahla mundur...saya tau la saya belajar kt sana.
Aku : Astaghfirullah. ..berdosa kutuk ulamak.
Student : ulamak apa nye dia tu...kat kelantan tu....pompuan pakai seksi ...islam ke sgt nk di perjuangkan tu.
Aku :. ..sah la awak ni macai.
Student : cikgu kata saya macai. ..saya tak respect dh kt cikgu. Ada ka cikgu kata saya begitu. Cikgu takde hak nk kata saya macai. Saya takkan respect cikgu dah!
Aku: awak tak respect islam dan ulamak tu takpe?
Student : saya tak respect cikgu. Saya nk pi solat jumaat.
Aku: ada aku kisah?...

(Sebab ini lah aku benci sgt2 kat umno bn sebab mereka dah merosakkan akhlak dan minda org melayu islam. Semoga Allah selamat kan Malaysia. )




#Bacalah untuk pengajaran. Jangan jadi kurang ajar hanya kerana politik negara. Jika anda begini, anda tidak mungkin pergi jauh. Jika anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara, anda tidak boleh berperangai begini. Percayalah. 

#Aku x pandai, tapi aku pasti aturannya begitu. 

#Jadilah rakyat yang bijak, bertanggungjawab, sopan santun dan segala sifat mahmudah yang  lain. Jom sama-sama jadi insan, makhluk yang baik di sisi Allah. 

Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

masih tercari-cari mana tempat nak check kawasan mengundi anda? adakah pendaftaran anda yang lepas valid untuk anda mengundi? haaa.. bukak la page http://daftarj.spr.gov.my/ ini. untuk anda semak ye. =)

senang je.masukkan no kad pengenalan anda kemudian tekan SEMAK. teheee

oh tarikh mengundi kita dah ditetapkan pada 5/5/2013. so, mai la ramai2 pergi mengundi yer. =) Semangat sangat ak. Pheww. Errkkk. 




Pilihlah pemimpin anda dengan bijak. Moga undi anda bermakna. 

Aku adalah merupakan calon mengundi buat kali pertama dalam hidup aku. wahhh. ala2 excited sangat kan. Hahahaha. Walaubagaimanapun, nasihat ak (Astaghfirullah hal azim), istikharah la. Apa-apa pun yang kita nak pilih, istikharah la. even nak pilih baju pon, ada orang buat istikharah, berdoa semoga apa yg dipilih utk digunakan dalam kehidupan seharian ni berkat dan menepati syarak.

"If you want something in your life and you aren’t praying Tahajjud for it then in reality you don’t really want it. - Sheikh Yasir Qadhi"


#Maaf. Aku x pandai berkata-kata.

Mitsubishi MIRAGE merah

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


this is Amni's mitsubishi mirage. 

Aku pronounce M I R A G E kot. tapi Amni ckp pronounce M I R A J la. Hahaha Aku bantai je. 

Merah.Cantik.No plat pon cantik kot. 

bahagian dalam aku tengok macam luas. selesa la. 

tinggi sikit. mcm kalo kancil, myvi tu mcm rendah sikit kan. 

kawan aku cakap, kereta perempuan la MIRAGE ni. kata ak eh, ye ke? boleh je lelaki nk guna pon. Hahaha. 

tapi kiranya MIRAGE ni sporty ala2 gurlish la yer. dan nampak bergaya. 
sesuai nak bawak beraya. Eh?.. Krek krek krek.... 

Alkisahnya ak nak date ngan member ak ni ari tu. beliau pon msg la ak. 

"Ain, nak ak ambik mg dumoh ke gano ni?".

ak dengan kompidennya. 

"Eh,x pe.ak p sendiri la..sene sikit. x payah mg anta balik plak".

.....................................

selang sehari, ak teringat. eh makcik ni dye da beli kete kan. 
la, dah knapa ak tolak pelawaan makcik ni kan. haha. 

ak pon msg balik. 

"Beb, mari ambik ak dumoh la. teringin jugak nak naik MIRAGE". 

harga? boleh tahan la Ok. tapi kalo beli sekali kereta seumur hidup Ok la kan.
Kereta utk keperluan. Belilah yg anda suka, x kisah harga bape. asalkan anda mampu membiayainya. kan kan. 

Oh Quiz

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Minggu yang berderetan kuiz. Minggu ke 7 out of 14 weeks per semester. orang tengah bermati-matian study BUT me? Hahaha. Silence. 

It's only a Quiz. Oh tolong la. pastikan anda fokus. Quiz also contribute mark to the subject, paling sikit pon 10%. Eh, 10 tu. banyak la jugak kan. 

Ok baik. Kembali study! Psiko!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...